KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis
Gerakan NGO Islam ASEAN
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan
NGO Islam ASEAN prihatin menunggu kerajaan Myanmar mengumumkan Laporan Menyeluruh Dan Langkah-Langkah
Perdamaian di Arakan, Myanmar oleh Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan
oleh Presiden Thein Sein. Ini sejajar
dengan Resolusi Persidangan Gerakan NGO Islam ASEAN pada 14hb Ogos 2012 lalu
yang mendesak kerajaan Myanmar menghentikan serta merta pembunuhan dan
kekejaman terhadap penduduk Islam Rohingya serta menghentikan konflik
penghapusan etnik Muslim Rohingya Muslim di Myanmar oleh kumpulan ekstremis
Buddha buat selama-lamanya.
Namun
kami dukacita kumpulan sami Buddha ekstremis nyata mengganggu dan mempengaruhi proses
siasatan dengan mengadakan perarakan di Mandalay, bandar kedua terbesar yang
terdekat dengan kawasan konflik. Mereka terang-terangan tidak mahu perdamaian
wujud di Arakan. Kumpulan ekstremis
Buddha itu mahu umat Islam Rohingya
dihapuskan dan diusir dari Arakan dan Myanmar.
Jelas kumpulan Buddha tersebut menyeleweng daripada amalan ajaran
Buddha. Mereka tidak menghormati hak
kemanusiaan dan hubungan baik dengan umat Islam. Sepatutnya kumpulan sami Buddha tersebut
menyeru kerajaan Myanmar mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan
seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman bersama menyumbang kepada
pembangunan Myanmar. Mereka sewajarnya
menjadi penggerak perdamaian, bukannya penghalang.
Sehubungan
dengan itu, kami menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia berikhtiar
berdoa, solat hajat dan membaca Yaasin memohon
kesejahteraan umat Islam Rohingya dan supaya Allah SWT bukakan hati para
pemimpin dan rakyat Myanmar sendiri untuk menyelesaikan konflik yang sudah
berlarutan dengan memberikan kembali taraf kerakyatan kepada umat Islam
Rohingya dan membantu mereka membina kehidupan dan pembangunan kampung serta
wilayah.
Kita berdoalah juga supaya kerajaan
Myanmar membenarkan IKIAM dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN, International
Islamic Peace Corps (IIPC) serta
lain-lain organisasi NGO Malaysia dan antarabangsa dibawah Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC) yang telah siap sedia dengan pelbagai barangan makanan, ubat,
pakaian dan buku serta alat tulis kanak-kanak
untuk melaksanakan Misi Kemanusiaan Rohingya di wilayah Arakan dan
kawasan-kawasan yang
terbabit
dengan konflik tersebut. Ini bagi memastikan supaya bantuan yang disalurkan bukan
sahaja dapat diterima oleh umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan
dan kekejaman serta kebuluran tetapi juga penduduk bukan Islam yang mengalami
kecederaan serta kehilangan rumah dan harta benda akibat konflik tersebut.
Tindakan dan set minda negatif
kumpulan ekstrimis Buddha di Myanmar itu wajar diperbetulkan. Kami sekali lagi
menggesa NGO-NGO Buddha di Malaysia yang telah menikmati kesejahteraan dan
kemewahan tampil membantu penyelesaian isu dengan mempengaruhi dan mendesak
kumpulan ekstrimis Buddha di seluruh dunia, khasnya di Myanmar untuk
menghentikan kekejaman terhadap penduduk Muslim Rohingya dan memilih
perdamaian.
Kami sedia berganding bahu dengan
NGO-NGO Buddha dan lainnya di Malaysia dan seluruh dunia untuk menganjurkan Persidangan Meja Bulat Misi Kemanusiaan Rohingya - Myanmar di Kuala Lumpur dalam masa
terdekat awal bulan Oktober 2012 ini.
Para sami dan penganut Buddha di Myanmar mesti diberitahu bahawa
penganut Buddha boleh hidup aman sejahtera di negara-negara Islam seperti
Malaysia dan Indonesia sebagai kumpulan minoriti. Sehubungan dengan itu penduduk majoriti Buddha
di Myanmar semestinya boleh mengamalkan toleransi dan hidup bersama dengan penduduk
Muslim Rohingya dan Muslim lain di Myanmar.
Disamping itu juga, kami menggesa dan meminta Presiden Syria
menghentikan serta merta perang saudara yang sedang berlaku di Syria. Perang saudara tersebut telah memakan korban
dan kecederaan yang ramai serta jutaan rakyat Syria kini menjadi pelarian
dinegara-negara yang bersempadan dengan Syria.
Perang saudara tersebut sedang menghancurkan Syria. Perdamaian dan
penyertaan bersama rakyat dalam menentukan pemerintahan negara Syria selepas
perang saudara mesti dibuat segera supaya rakya dapat kembali hidup aman dan
sejahtera.
Kenyataan Oleh:
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 8hb September 2012
Pengerusi :
Datuk Zahidi Zainul Abidin
(Tel: 012-210 0479)
Setiausaha : Mohd Shamsuddin Damin (Tel:
019-237 7887)
No comments:
Post a Comment