Sukacita Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia
(IKIAM) ingin merakamkan ucapan tahniah dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini, 31hb Ogos 2012 yang berada di dalam dan di luar negara.
Alhamdulillah, kami juga bersyukur dan ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada para pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara yang
masih hidup dan juga yang telah meninggalkan kita selamanya di atas pengorbanan
serta sumbangan mereka membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
Sebagai ingatan kepada kita, kesengsaraan umat Islam
Rohingya dan juga mereka yang bukan beragama Islam yang menjadi mangsa
keganasan yang kita cuba bantu melalui Misi Kemanusiaan ke Myanmar adalah kerana mereka
bukan sahaja tidak Merdeka tetapi mereka tidak diiktiraf sebagai rakyat
Myanmar. Perjuangan menuntut kerakyatan
merupakan tugas setiap umat Islam Rohingya Myanmar. IKIAM cuba membantu secara diplomatik dan berhemah.
Hari ini kita rakyat Malaysia keseluruhannya bertuah, beruntung serta berpeluang
untuk berinovasi dan mengejar cita-cita mengisi Kemerdekaan Malaysia ke arah membawa
penghidupan yang lebih baik dalam perpaduan dan makmur serta dirahmati Allah SWT dengan
kejayaan di dunia serta di akhirat. Amin!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka!
No comments:
Post a Comment