KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis
Gerakan NGO Islam ASEAN
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan
NGO Islam ASEAN mengutuk dan meminta pembuat dan pengedar filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’ untuk dengan serta
merta menghentikan pengedarannya dalam apa juga bentuk dan memusnahkan filem
tersebut. Tindakan mereka menerbit dan
mengedarkan filem tersebut dianggap sebagai perang kepada umat Islam seluruh
dunia.
Dalam
Persidangan Gerakan NGO Islam ASEAN mengenai Misi Kemanusiaan Rohingya yang
diadakan pada 14 Ogos 2012 lalu, salah satu perkara yang dibincangkan adalah
asakan dan tekanan dengan pelbagai cara dan kaedah yang ditujukan kepada umat
Islam di seluruh dunia oleh pihak kafirun.
Mereka itu terdiri daripada ekstremis Yahudi, Kristian, Buddha dan
sebagainya yang sentiasa mahu mencabar iman, persaudaraan dan perpaduan umat
Islam di seluruh dunia.
Masalah
pemusnahan etnik Muslim Rohingya di Myanmar masih belum ditangani dengan
sewajarnya oleh Myanmar sendiri dan dunia amnya. Pada hemat kami pengedaran filem anti Islam
ini memang dirancang untuk mengalihkan perhatian umat Islam terhadap isu
Rohingya.
Sehubungan
dengan itu, kami menyeru dan menggesa umat Islam di Malaysia khususnya pada
Khamis malam Jumaat ini di setiap masjid dan surau diadakan ikhtiar membaca Yaasin, berzikir, solat hajat dan berdoa
memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia dan supaya Allah SWT bukakan
hati-hati umat Islam untuk bersatu dan berpadu sentiasa dalam menghadapi
cabaran dari pihak kafirun yang mengganggu gugat. Kita juga berdoa memohon rahmat kesejahteraan
kehidupan di dunia dan di akhirat serta keamanan serta kemakmuran negara kita
Malaysia daripada Allah SWT.
Melalui usaha ini berjuta-juta
umat Islam lelaki dan wanita serta kanak-kanak di Malaysia akan dapat
menzahirkan tentangan mereka terhadap usaha jahat puak-puak kafirun dengan
salah satu ‘senjata mukmin’ iaitu
berdoa secara beramai-ramai dalam perpaduan yang kukuh. Inilah kekuatan dan keunikan yang ada pada umat
Islam di Malaysia.
IKIAM mengusulkan supaya Masjid
Negara mengetuai program bacaan Yaasin, Zikir dan solat hajat itu sebagai usaha
perpaduan kita dalam menentang propaganda dan niat jahat puak-puak kafirun
terhadap umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Ini pula disusuli dengan khutbah khas
mengenai isu serangan dan propaganda puak-puak kafirun bagi
menyedarkan umat Islam tentang
persiapan untuk menghadapinya melalui keimanan yang tinggi, perpaduan, penguasaan
ilmu dan teknologi serta pembangunan ekonomi yang mampan.
Sokongan kuat media tempatan dan
antarabangsa, insyaAllah mesej ini akan meluaskan siaran dan akan sampai ke
seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
Kenyataan Oleh:
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 17hb September 2012
Setiausaha : Mohd Shamsuddin Damin (Tel:
019-237 7887)
No comments:
Post a Comment