KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
“SOKONG DASAR MEMBUDAYA INOVASI,
MENINGKAT PRODUKTIVITI SEBAGAI SUMBER KEKAYAAN BARU NEGARA”
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
menyokong
penuh usaha YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia yang meletakkan ‘inovasi’
sebagai salah satu mekanisma dalam agenda transformasi pembangunan negara
dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Langkah strategik
dasar jangka panjang pembangunan inovasi ini meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam
konteks menggalakkan pembinaan kekayaan baru melalui kejayaan inovasi dan
keusahawanan.
Kami
berterima kasih YAB Perdana Menteri memperuntukkan bajet yang positif dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkannya semalam bagi
melaksanakan pelbagai program berkaitan dengan pembangunan inovasi rakyat dan negara.
Kejayaan inovasi rakyat dan
organisasi Malaysia dalam pelbagai bidang akan meningkatkan lagi ketinggian
keilmuan dan kemampanan ekonomi negara.
Selari
dengan hasrat dan visi YAB Perdana Menteri serta kerajaan untuk merancakkan kegiatan inovasi, peningkatan
produktiviti dan keusahawanan, IKIAM akan mengadakan SEMINAR
TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI
KERJAYA DAN IBADAH SERTA PERLANCARAN DANA AT-TIJARAH pada 17hb November
2012 ini bagi menggerak, membantu dan membimbing graduan jurusan agama yang
berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, perniagaan dan inovasi secara
tersusun dalam bidang-bidang berpotensi dan dengan motivasi, latihan,
sokongan rangkaian rakan usahawan yang telah berjaya, masyarakat pengguna dalam
serta luar negara serta agensi Agensi
Inovasi Malaysia. Dana At-Tijarah ini
pula sebahagiannya akan digerakkan sebagai ‘inisiatif
sokongan pra-modal teroka’ bagi pengkomersilan inovasi para peserta,
usahawan atau inovator baru yang terlibat.
IKIAM yakin para
graduan pengajian Islam juga akan dapat berinovasi dan meningkatkan nilai tambah
diri serta ekonomi perniagaan mereka
dengan penerapan integrasi modul motivasi, latihan kemahiran, ilmu perniagaan
dan mekanisma berinovasi yang sesuai dengan perniagaan yang ingin diceburi
secara jangka panjang dan berterusan. Mungkin pada awalnya ‘inovasi yang usahawan Muslim hasilkan
bernilai rendah dan sukar untuk dikomersilkan’ kerana kekangan modal dan
sokongan pengguna, namun pada jangka masa panjang inovasi tersebut boleh menjadi platform
kepada peluang perkembangan industri serta sumber kekayaan baru
negara. Mereka
tidak harus ditinggalkan dari perkembangan arus perdana transformasi agenda
pembangunan ekonomi negara. Ringkasnya,
inovasi boleh menjadi pemangkin kemajuan keusahawanan, perniagaan, sumber
pembinaan kekayaan baru dan ekonomi umat Islam.
Kami berpandangan impak kejayaan inovasi sebagai mekanisma
transformasi pembinaan kekayaan baru umat Islam adalah setara dengan impak
positif yang lahir dari integrasi pendidikan negara, perbankan Islam, Takaful
serta dasar Malaysia sebagai Pusat Halal dunia yang memberi manfaat besar
kepada umat Islam Malaysia serta dunia amnya. Inovasi dalam konteks ‘pengeluaran dan pengeksportan makan halalan
toiyibah’ oleh usahawan Muslim boleh menjana pendapatan ekonomi bernilai
tambah tinggi jutaan ringgit akan menjadi fokus program berterusan ini.
IKIAM juga akan berusaha membantu
para inovator Muslim yang berminat untuk menjalin
kerjasama strategik dengan para inovator bukan Muslim dari dalam dan luar
negara kearah menerokai inovasi di
bidang baru yang berpotensi tinggi melalui program rundingcara pembangunan
perniagaan dan perkongsian inovasi serta pengkomersilan.
Akhirnya, terima kasih kepada YAB
Perdana Menteri dan kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap
pembangunan umat dan syariat Islam di negara ini. InsyaAllah, dasar pro- inovasi ini akan membawa manfaat besar serta
kejayaan kepada beberapa inovator Muslim dan bukan Muslim Malaysia sebagai
pemimpin dan pemilik paten harta intelek inovasi bertaraf nasional dan dunia
dalam beberapa tahun akan datang.
Sekian, terima kasih.
Kenyataan Oleh:
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 29hb September 2012
Setiausaha : Mohd Shamsuddin Damin (Tel:
019-237 7887)
Mohd Shamsuddin Damin adalah seorang
Perunding Perniagaan dan pengarang buku motivasi bertajuk ‘Muslim Mesti Jadi Inovator’. Buku beliau itu sewajarnya (‘wajib’) menjadi bacaan setiap umat Islam
di Malaysia dan dunia.