KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis
Gerakan NGO Islam ASEAN
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan
NGO Islam ASEAN mengalu-alukan (sekiranya benar) keputusan kerajaan Myanmar
untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan hari Jumaat ini seperti yang
dinyatakan oleh Presiden Thein Sein baru-baru ini. Ini sejajar dengan Resolusi Persidangan
Gerakan NGO Islam ASEAN pada 14hb Ogos 2012 lalu yang mendesak kerajaan Myanmar
menghentikan serta merta pembunuhan dan kekejaman terhadap penduduk Islam
Rohingya.
Salah
satu daripada lapan (8) perkara dalam Resolusi Persidangan Gerakan NGO Islam
ASEAN tersebut adalah mendesak Kerajaan Myanmar mematuhi dan menghormati
hak-hak kemanusiaan yang terkandung dalam protocol ASEAN Human Rights Body
(AHRB) yang dipersetujui Myanmar sendiri pada 25 Disember 2008.
Sehubungan
dengan itu, kami mengharapkan penubuhan dan seterusnya keaktifan serta
merta Suruhanjaya Siasatan tersebut akan
menghentikan konflik penghapusan etnik Muslim Rohingya Muslim di Myanmar oleh
kumpulan ekstremis Buddha buat selama-lamanya.
Kami menggesa siasatan dilakukan dengan teliti dan individu-individu
serta pihak-pihak yang terlibat yang melakukan jenayah pembunuhan, kekejaman
dan pembakaran rumah-rumah termasuk pembakaran puluhan masjid, surau, madrasah
pengajian agama Islam dan sekolah dibawa ke muka pengadilan di Myanmar dan di mahkamah
antarabangsa secepat mungkin.
Kami
juga menyeru kerajaan Myanmar memberikan penyelesaian bersepadu dan mampan
iaitu memberikan hak jaminan keselamatan dan pembangunan di kawasan Muslim
Rohingya serta hak kewarganegaraan bagi Muslim Rohingya di seluruh Myanmar dan
para pelarian yang kini berada di puluhan negara di seluruh dunia. Proses tersebut akan mengintegrasikan
penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman
bersama menyumbang kepada pembangunan Myanmar.
Seterusnya
langkah positif kerajaan Myanmar itu sedikit sebanyak akan membuka ruang kepada kebenaran untuk IKIAM dan Majlis
Gerakan NGO Islam ASEAN serta lain-lain organisasi NGO Malaysia dan
antarabangsa yang telah siap sedia dengan pelbagai barangan makanan, ubat,
pakaian dan buku serta alat tulis kanak-kanak
untuk melaksanakan Misi Kemanusiaan Rohingya di wilayah Rakhine dan
kawasan-kawasan yang terbabit dengan
konflik tersebut. Ini bagi memastikan bantuan yang disalurkan dapat diterima
oleh umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan kekejaman serta
kebuluran.
IKIAM
juga sedang menggerakkan sukarelawan International Islamic Peace Corps (IIPC)
yang penubuhannya merupakan salah satu perkara Resolusi Persidangan tersebut di
atas. Para sukarelawan IICP akan menyumbang
khidmat tenaga, kepakaran kesihatan dan pelbagai
kemahiran serta kaunseling kepada mangsa penduduk Islam Rohingya di Myanmar
ataupun di negara-negara yang memberi perlindungan kepada para pelarian di
kem-kem pelarian seperti di Bangladesh dan beberapa Negara lain.
Walaupun ada langkah positif di
pihak kerajaan Myanmar, IKIAM dan Majlis Gerakan NOG Islam ASEAN tetap menggesa
badan-badan dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN menganjurkan persidangan khas mengenai isu Rohingya
secepat mungkin bagi membincangkan langkah-langkah strategik bagi menangani isu
penghapusan etnik Muslim Rohingya secara bersepadu dengan penglibatan,
pengawasan dan bantuan masyarakat antarabangsa.
Isu penduduk Muslim Rohingya
adalah isu antarabangsa yang mesti diselesaikan segera secara diplomatik, bantuan kemanusiaan kepada mangsa penduduk
Islam Rohingya dan bantuan teknikal kepada kerajaan Myanmar kerana sebenarnya
ia telah berlanjutan puluhan tahun dengan ratusan ribu telah terbunuh, cedera,
kebuluran, sakit, kehilangan rumah tangga, terpisah daripada ibubapa dan
ratusan ribu lagi menjadi pelarian, melebihi apa yang berlaku di Bosnia dan
Palestin.
Kami juga ingin menggesa NGO-NGO
Budha di Malaysia yang telah menikmati kesejahteraan dan kemewahan tampil
membantu penyelesaian isu dengan mempengaruhi dan mendesak kumpulan ekstrimis
Budha di seluruh dunia, khasnya di Myanmar untuk menghentikan kekejaman
terhadap penduduk Muslim Rohingya.
Mereka mesti memberitahu bahawa mereka boleh hidup aman sejahtera di
negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia sebagai kumpulan minoriti. Sehubungan dengan itu penduduk majoriti Budha
di Myanmar semestinya mengamalkan toleransi dan hidup bersama dengan penduduk
Muslim Rohingya.
Kenyataan Media Oleh:
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 23hb Julai 2012
Pengerusi : Datuk Zahidi Zainul Abidin (Tel:
012-210 0479)
Setiausaha : Mohd
Shamsuddin Damin (Tel: 019-237 7887)
E-mail: dinbangi@gmail.com Blog: http://ikiam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment