Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak individu
serta NGO Malaysia serta ASEAN yang dapat menghadiri Persidangan Gerakan NGO
Islam ASEAN – Misi Kemanusiaan Rohingya anjuran Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM) semalam, 25 Ramadhan 1433/ 14hb Ogos 2012.
Kesepakatan dan komitmen kita para NGO ASEAN untuk turut sama membantu menangani permasalah
umat Islam Rohingya ini, insyaAllah sedikit sebanyak akan dapat membela mereka
yang sedang dizalimi dan dibunuh. Suara
dan tindak NGO Malaysia, Indonesia,
Brunei, Thailand, Phiippine dan Kambodea dan Rohingya di seluruh dunia, insyaAllah
akan dapat memecahkan tembok yang dibuat oleh kerajaan Myanmar dalam melindungi
jenayah kemanusiaan.
Gemblingan gerakan
dan desakan diplomatik serta misi kemanusiaan ini pada hemat kami akan
menghasilkan bantuan dan penyelesaian positif yang kepada umat Islam
Rohingya. YAB Perdana Menteri dan YB Menteri
Luar Malaysia sedang bekerja keras dan berhemah dalam menangani isu Rohingya
ini.
Masing-masing mesti dan perlu melaksanakan tanggungjawab
Fisabilillah ini dalam apa juga bentuk -- setidak-tidaknya dengan doa yang
berterusan. Marilah kita sama-sama
bertindak dan berdoa.
Kepada pihak-pihak yang sudi sama membantu, hubungi saya di
tel: 019-237 7887. Sumbangan kewangan oleh
individu mahupun koleksi masyarakat boleh didepositkan ke dalam akaun ‘Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia’ – Akaun Maybank no. 5645 5733 3403. Logistik bagi menerima sumbangan dalam bentuk
selain daripada kewangan sedang diusahakan.
Sekian, terima kasih.
Mohd Shamsuddin Damin - Setiausaha IKIAM.
No comments:
Post a Comment