Sumber Gambar: Sinar Harian
KUALA
LUMPUR — Satu majlis gerakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Asean, yang
menggabungkan semua organisasi Islam di rantau itu, akan ditubuh sebagai
inisiatif bagi menangani isu penduduk Rohingya.
Sehubungan
itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dilantik
menyediakan rangka kerja ke arah pembentukan mekanisme ini.
Pelantikan
itu menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat gerakan dalam menangani masalah
Rohingya, dan pada masa sama, mencadangkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjadi wakil kehormat misi kemanusiaan NGO dunia Islam.
Pengerusi
IKIAM Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu sebahagian daripada
resolusi yang dicapai pada Persidangan Gerakan NGO Islam Asean yang dianjurkan
bagi membela umat Islam Rohingya di Myanmar, yang dilanda penghapusan etnik.
“Persidangan
hari ini menegaskan bahawa penghapusan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar perlu
diberhentikan serta-merta, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke
muka pengadilan di mahkamah antarabangsa.
“Kerajaan
Myanmar perlu bertanggungjawab untuk memastikan hak kemanusian dan
kewarganegaraan kaum Rohingya perlu hormati kerana kaum itu adalah kaum pribumi
di wilayah Rakhine (yang dulunya Arakan),” katanya kepada pemberita semalam.
–
BERNAMA
No comments:
Post a Comment