Tuesday, September 25, 2012

INOVASI PEMANGKIN KEUSAHAWANAN & EKONOMI



KENYATAAN MEDIA

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)  menyokong penuh usaha YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang meletakkan ‘inovasi’ sebagai salah satu mekanisma dalam agenda transformasi pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10.  Langkah strategik jangka panjang pembangunan inovasi ini meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam konteks menggalakkan pembinaan kekayaan melalui kejayaan inovasi dan keusahawanan.

Kami yakin YAB Perdana Menteri akan memperuntukkan bajet yang tinggi dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkannya bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan dengan pembangunan inovasi rakyat dan negara.  Kejayaan inovasi rakyat dan organisasi Malaysia dalam pelbagai bidang akan meningkatkan lagi ketinggian keilmuan dan kemampanan ekonomi negara.

Selari dengan hasrat dan visi YAB Perdana Menteri serta kerajaan untuk merancakkan kegiatan inovasi dan keusahawanan, IKIAM merancang untuk mengadakan SEMINAR TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA DAN IBADAH SERTA PERLANCARAN DANA AL-TIJARAH pada 17hb November 2012 bagi membantu dan membimbing graduan jurusan agama yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, perniagaan dan inovasi secara tersusun dalam bidang-bidang berpotensi dan dengan sokongan rangkaian rakan usahawan yang telah berjaya serta masyarakat dalam serta luar negara.

IKIAM yakin para graduan pengajian Islam juga akan dapat berinovasi dan meningkatkan nilai tambah diri serta ekonomi perniagaan mereka dengan penerapan integrasi modul latihan kemahiran, ilmu perniagaan dan mekanisma berinovasi yang sesuai dengan perniagaan yang ingin diceburi secara jangka panjang dan berterusan.   Ringkasnya, inovasi boleh menjadi pemangkin kemajuan keusahawanan, perniagaan, sumber pembinaan kekayaan dan ekonomi umat Islam.

Kami berpandangan impak kejayaan inovasi sebagai mekanisma transformasi pembinaan kekayaan umat Islam adalah setara dengan impak positif yang lahir dari integrasi pendidikan negara, perbankan Islam, Takaful serta dasar Malaysia sebagai Pusat Halal dunia yang memberi manfaat besar kepada umat Islam Malaysia serta dunia amnya. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pembangunan umat dan syariat Islam negara ini.





Sekian, terima kasih.


Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  25hb September 2012

Setiausaha :  Mohd Shamsuddin Damin   (Tel:  019-237 7887)

Mohd Shamsuddin Damin adalah seorang Perunding Perniagaan dan pengarang buku motivasi bertajuk ‘Muslim Mesti Jadi Inovator’.


      




Thursday, September 20, 2012

TERUSKAN MAJLIS MEMBACA YAASIN, BERZIKIR, SOLAT HAJAT DAN BERDOA



KENYATAAN MEDIA

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


‘TERUSKAN MAJLIS MEMBACA YAASIN, BERZIKIR, SOLAT HAJAT DAN BERDOA’

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN
mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih  kepada imam dan jamaah masjid serta surau serta persatuan di seluruh negara yang semalam telah mengadakan ikhtiar membaca Yaasin, berzikir, solat hajat dan berdoa memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia dan supaya Allah SWT bukakan hati-hati umat Islam untuk bersatu dan berpadu sentiasa dalam menghadapi cabaran dari musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan menghina dan mengganggu gugat umat Islam. 

Kami yakin ikhtiar dan doa yang kita semua panjatkan kehadrat Allah SWT akan dimakbulkan dan kita semua mendapat rahmat kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat .  Dipelihara oleh Allah SWT jua kesucian agama Islam, keamanan serta kemakmuran negara kita Malaysia dan dunia umumnya. 

Berkaitan dengan perkara yang sama,  kami sekali lagi menyeru kepada masjid dan surau yang belum mengadakan ikhtiar ini supaya bersatu mengadakannya.  Kepada yang berkemampuan tajalah makanan dan minuman untuk jamaah yang hadir.  Seeloknya, jadikanlah ikhtiar dan amal membaca Yaasin, berzikir  solat hajat dan berdoa tersebut sebagai aktiviti mingguan setiap masjid dan surau serta rumah.  Jangan takut dengan sindiran bahawa doa-doa tidak diperkenankan oleh Allah SWT ataupun menerima pandangan bahawa doa-doa sahaja tidak mencukupi dalam kita menangkis penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan Islam oleh filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’ dan pelbagai serangan negatif terhadap umat Islam dan agama Islam termasuklah apa yang dikatakan sebagai LGBT, seksualiti merdeka, penagihan dadad, individu anti-Islam, kartun menghina dan ‘Islam Liberal’ yang sangat merbahaya kepada umat Islam. 

Yakinlah bahawa doa itu adalah salah satu ‘senjata mukmin’ yang dijanjikan Allah. Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Anas bin Malik menjelaskan perkara ini, ‘telah berkata Jibrail A.S.  “Wahai Tuhanku, Engkau sampaikanlah hajat-hajat hambaMu itu”.  Lalu Allah menjawab, “Biarkan hamba-hambaKu itu, kerana aku mencintai rintihan suaranya.”   Oleh itu, lebih ramai yang merintih dan memohon doa tentu hasilnya akan lebih positif kerana tentunya ada orang-orang ataupun kanak-kanak yang doanya lebih selalu dikhabulkan Allah S.W.T. kerana keikhlasan dan kemuliaan niat hati serta Allah mencintai rintihan suara mereka.

Kami juga ingin mengucapkan syabas dan berhati-hatilah kepada umat Islam yang berkemampuan untuk menzahirkan tentangan terhadap filem anti-Islam melalui demonstrasi aman ditempat-tempat terpilih. Bersederhanalah dan tepat dalam tindak supaya tidak tercemar nama baik serta harta benda awam dan persendirian termasuk perniagaan yang sedia ada. Moga-moga usaha kolektif kita semua mendapat rahmat Allah SWT, berjaya kita mempertahan agama Islam, tanahair, bangsa, keluarga dan kesejahteraan seluruh warga Malaysia.


Sekian, terima kasih.


Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  21hb September 2012

Setiausaha :  Mohd Shamsuddin Damin   (Tel:  019-237 7887)

Monday, September 17, 2012

Minta pembuat dan pengedar filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’ untuk dengan serta merta menghentikan pengedarannya



KENYATAAN MEDIA

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN mengutuk dan meminta pembuat dan pengedar filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’ untuk dengan serta merta menghentikan pengedarannya dalam apa juga bentuk dan memusnahkan filem tersebut.  Tindakan mereka menerbit dan mengedarkan filem tersebut dianggap sebagai perang kepada umat Islam seluruh dunia. 

Dalam Persidangan Gerakan NGO Islam ASEAN mengenai Misi Kemanusiaan Rohingya yang diadakan pada 14 Ogos 2012 lalu, salah satu perkara yang dibincangkan adalah asakan dan tekanan dengan pelbagai cara dan kaedah yang ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia oleh pihak kafirun.  Mereka itu terdiri daripada ekstremis Yahudi, Kristian, Buddha dan sebagainya yang sentiasa mahu mencabar iman, persaudaraan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

Masalah pemusnahan etnik Muslim Rohingya di Myanmar masih belum ditangani dengan sewajarnya oleh Myanmar sendiri dan dunia amnya.  Pada hemat kami pengedaran filem anti Islam ini memang dirancang untuk mengalihkan perhatian umat Islam terhadap isu Rohingya. 

Sehubungan dengan itu, kami menyeru dan menggesa umat Islam di Malaysia khususnya pada Khamis malam Jumaat ini di setiap masjid dan surau diadakan ikhtiar membaca Yaasin, berzikir, solat hajat dan berdoa memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia dan supaya Allah SWT bukakan hati-hati umat Islam untuk bersatu dan berpadu sentiasa dalam menghadapi cabaran dari pihak kafirun yang mengganggu gugat.  Kita juga berdoa memohon rahmat kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat serta keamanan serta kemakmuran negara kita Malaysia  daripada Allah SWT.

Melalui usaha ini berjuta-juta umat Islam lelaki dan wanita serta kanak-kanak di Malaysia akan dapat menzahirkan tentangan mereka terhadap usaha jahat puak-puak kafirun dengan salah satu ‘senjata mukmin’ iaitu berdoa secara beramai-ramai dalam perpaduan yang kukuh.  Inilah kekuatan dan keunikan yang ada pada umat Islam di Malaysia. 

IKIAM mengusulkan supaya Masjid Negara mengetuai program bacaan Yaasin, Zikir dan solat hajat itu sebagai usaha perpaduan kita dalam menentang propaganda dan niat jahat puak-puak kafirun terhadap umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia.  Ini pula disusuli dengan khutbah khas mengenai isu serangan dan propaganda puak-puak kafirun  bagi  menyedarkan  umat Islam tentang persiapan untuk menghadapinya melalui keimanan yang tinggi, perpaduan, penguasaan ilmu dan teknologi serta pembangunan ekonomi yang mampan.

Sokongan kuat media tempatan dan antarabangsa, insyaAllah mesej ini akan meluaskan siaran dan akan sampai ke seluruh dunia.


Sekian, terima kasih.


Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  17hb September 2012

Setiausaha :  Mohd Shamsuddin Damin   (Tel:  019-237 7887)

Monday, September 10, 2012

Gesa NGO Buddha di Malaysia tampil membantu dengan cuba mempengaruhi kumpulan sami di Myanmar

Kutuk sami sokong penghapusan etnik


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUTRAJAYA: Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Majlis Gerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Asean menyelar tindakan sekumpulan sami Buddha yang mengadakan perarakan bagi menyokong usaha penghapusan dan pengusiran etnik Rohingya dari Arakan, Myanmar.
Setiausaha Ikiam, Mohd Shamsuddin Damin berkata, pihaknya dukacita dengan tindakan kumpulan sami terbabit kerana nyata mengganggu dan mempengaruhi proses siasatan dilakukan oleh suruhanjaya siasatan ditubuhkan kerajaan negara berkenaan.

Menurutnya, perarakan itu menunjukkan kumpulan terbabit tidak menghormati hak kemanusiaan dan hubungan baik dengan umat Islam.
“Kumpulan itu mahu umat Islam Rohingya dihapuskan dan diusir dari Arakan dan Myanmar. Jelas kumpulan itu menyeleweng daripada amalan ajaran Buddha. “Sepatutnya kumpulan sami Buddha terbabit menyeru kerajaan Myanmar mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat. Mereka sewajarnya menjadi penggerak perdamaian, bukannya penghalang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Laporan baru-baru ini menyatakan ratusan sami Buddha di Myanmar mengadakan perarakan dengan membawa sepanduk berbunyi “Selamatkan tanah air kamu dengan menyokong presiden”. Mohd Shamsuddin berkata, dalam menyelesaikan isu berkenaan pihaknya turut menggesa NGO Buddha di Malaysia yang menikmati kesejahteraan dan kemewahan tampil membantu dengan cuba mempengaruhi kumpulan sami di negara berkenaan.

Sumber:  MyMetro 10 Sept 2012

Saturday, September 8, 2012

Hentikan Serta Merta Perang Saudara Di Syria

 





Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN menggesa dan meminta Presiden Syria menghentikan serta merta perang saudara yang sedang berlaku di Syria. 

Perang saudara tersebut telah memakan korban dan kecederaan yang ramai serta jutaan rakyat Syria kini menjadi pelarian dinegara-negara yang bersempadan dengan Syria.  Perang saudara tersebut sedang menghancurkan Syria.

Perdamaian dan penyertaan bersama rakyat dalam menentukan pemerintahan negara Syria selepas perang saudara mesti dibuat segera supaya rakya dapat kembali hidup aman dan sejahtera.

IKIAM akan berusaha membantu dari segi diplomasi ke arah penyelesaian mampan jangka panjang keamanan dan pembangunan Syria.

Kenyataan Media: Berikhtiar berdoa, solat hajat dan membaca Yaasin memohon kesejahteraan umat Islam Rohingya


KENYATAAN MEDIA

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN
 
 
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN prihatin menunggu kerajaan Myanmar mengumumkan Laporan Menyeluruh Dan Langkah-Langkah Perdamaian di Arakan, Myanmar oleh Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan oleh Presiden Thein Sein.  Ini sejajar dengan Resolusi Persidangan Gerakan NGO Islam ASEAN pada 14hb Ogos 2012 lalu yang mendesak kerajaan Myanmar menghentikan serta merta pembunuhan dan kekejaman terhadap penduduk Islam Rohingya serta menghentikan konflik penghapusan etnik Muslim Rohingya Muslim di Myanmar oleh kumpulan ekstremis Buddha buat selama-lamanya.

Namun kami dukacita kumpulan sami Buddha ekstremis nyata mengganggu dan mempengaruhi proses siasatan dengan mengadakan perarakan di Mandalay, bandar kedua terbesar yang terdekat dengan kawasan konflik. Mereka terang-terangan tidak mahu perdamaian wujud di Arakan.  Kumpulan ekstremis Buddha itu mahu  umat Islam Rohingya dihapuskan dan diusir dari Arakan dan Myanmar.  Jelas kumpulan Buddha tersebut menyeleweng daripada amalan ajaran Buddha.  Mereka tidak menghormati hak kemanusiaan dan hubungan baik dengan umat Islam.  Sepatutnya kumpulan sami Buddha tersebut menyeru kerajaan Myanmar mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman bersama menyumbang kepada pembangunan Myanmar.  Mereka sewajarnya menjadi penggerak perdamaian, bukannya penghalang.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia berikhtiar berdoa, solat hajat dan membaca Yaasin memohon kesejahteraan umat Islam Rohingya dan supaya Allah SWT bukakan hati para pemimpin dan rakyat Myanmar sendiri untuk menyelesaikan konflik yang sudah berlarutan dengan memberikan kembali taraf kerakyatan kepada umat Islam Rohingya dan membantu mereka membina kehidupan dan pembangunan kampung serta wilayah. 

Kita berdoalah juga supaya kerajaan Myanmar membenarkan IKIAM dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN, International Islamic Peace Corps (IIPC) serta lain-lain organisasi NGO Malaysia dan antarabangsa dibawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang telah siap sedia dengan pelbagai barangan makanan, ubat, pakaian dan buku serta alat tulis kanak-kanak   untuk melaksanakan Misi Kemanusiaan Rohingya di wilayah Arakan dan kawasan-kawasan  yang


terbabit dengan konflik tersebut. Ini bagi memastikan supaya bantuan yang disalurkan bukan sahaja dapat diterima oleh umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan kekejaman serta kebuluran tetapi juga penduduk bukan Islam yang mengalami kecederaan serta kehilangan rumah dan harta benda akibat konflik tersebut.

Tindakan dan set minda negatif kumpulan ekstrimis Buddha di Myanmar itu wajar diperbetulkan. Kami sekali lagi menggesa NGO-NGO Buddha di Malaysia yang telah menikmati kesejahteraan dan kemewahan tampil membantu penyelesaian isu dengan mempengaruhi dan mendesak kumpulan ekstrimis Buddha di seluruh dunia, khasnya di Myanmar untuk menghentikan kekejaman terhadap penduduk Muslim Rohingya dan memilih perdamaian.

Kami sedia berganding bahu dengan NGO-NGO Buddha dan lainnya di Malaysia dan seluruh dunia untuk  menganjurkan Persidangan Meja Bulat Misi Kemanusiaan Rohingya - Myanmar di Kuala Lumpur dalam masa terdekat awal bulan Oktober 2012 ini.  Para sami dan penganut Buddha di Myanmar mesti diberitahu bahawa penganut Buddha boleh hidup aman sejahtera di negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia sebagai kumpulan minoriti.  Sehubungan dengan itu penduduk majoriti Buddha di Myanmar semestinya boleh mengamalkan toleransi dan hidup bersama dengan penduduk Muslim Rohingya dan Muslim lain di Myanmar. 

Disamping itu juga, kami menggesa dan meminta Presiden Syria menghentikan serta merta perang saudara yang sedang berlaku di Syria.  Perang saudara tersebut telah memakan korban dan kecederaan yang ramai serta jutaan rakyat Syria kini menjadi pelarian dinegara-negara yang bersempadan dengan Syria.  Perang saudara tersebut sedang menghancurkan Syria. Perdamaian dan penyertaan bersama rakyat dalam menentukan pemerintahan negara Syria selepas perang saudara mesti dibuat segera supaya rakya dapat kembali hidup aman dan sejahtera.



Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  8hb September 2012

Pengerusi  :  Datuk Zahidi Zainul Abidin   (Tel:  012-210 0479)
Setiausaha :  Mohd Shamsuddin Damin   (Tel:  019-237 7887)