Thursday, December 7, 2017

IKIAM Mengecam dan Menentang Kenyataan Baitulmaqdis Sebagai Ibunegara Israel Oleh USA dan Israel



KENYATAAN MEDIA
7 Disember 2017

Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita mendengar kenyataan President Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.  IKIAM melihat tindakan tersebut sebagai ‘menghapuskan hak umat Islam sebagai pemilik dan pentadbir Baitulmaqdis yang merupakan salah sebuah kota suci Islam. Tindakan tersebut difahamkan akan dituruti dengan pemusnahan Masjid Al-Aqsa.

Sehubungan dengan itu IKIAM mengecam dan menentang kenyataan Amerika Syarikat dan Israel itu.  Kita juga menyokong penuh usaha YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membawa mesej kecaman dan penentangan di mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).  

IKIAM sebagai NGO sangat berharap  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) mengecam dan meminta Israel dan Amerika Syarikat membatalkan tindakan mereka demi keamanan dunia. 

IKIAM juga sedang membawa mesej kecaman dan penentangan ini kepada NGO-NGO di seluruh dunia.  Program #SelamatkanBaitulmaqdis (#SaveBaitulmaqdis) akan dipergiatkan lagi.  Namun kita maklum bahawa hanya Allah Azza Wajalla sahaja yang berkuasa menjaga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sepertimana sejarah Allah Azza Wajalla menjaga Kaabah semasa mahu diserang oleh Abrahah.  Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan membaca surah Al-Fil dalam usaha mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
Tel/WhatsApp:  +60182932387            Email:  ikiam.urus@gmail.com
Website:  http:\\ikiam.blogspot.com

Tuesday, June 20, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H






Pengerusi dan Jawatankuasa  Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua aktivis IKIAM dan keluarga masing-masing di seluruh negara dan antarabangsa. 

Ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga kepada semua rakan kongsi dan para penyumbang kepada kegiatan IKIAM. 

Disamping itu, doakan juga mudah-mudahan umat Rohingya yang sedang kesusahan diberikan kelapangan dan rezeki dalam menyambut Aidilfitri Al-Kareem ini.

Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing bertemu dengan keluarga tersayang.  Pandulah dengan cermat semasa dalam perjalanan dan sertai dengan Selawat & Salam Kepada Rasulullah SAW serta zikir pilihan.

Mudah-mudahan Idilfitri Al-Kareem ini mengukuhkan lagi  hubungan silaturrohim kita semua dan mendapat rahmat, rezeki melimpah ruah dan kasih Allah Azzawajalla di dunia dan di akhirat.

Begitu juga harapan kita seterusnya dipermudahkan oleh Allah Azza Wajalla dalam melaksanakan kegiatan IKIAM selepas sambutan Aidilfitri ini.  

Sunday, November 20, 2016

Doa Untuk Rohingya



KENYATAAN MEDIA
20 November 2016

Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita dengan apa yang sedang berlaku dan ditanggung oleh umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar.

Maklumat dari media antarabangsa dan bloggers mempaparkan tindakan ganas terancang tentera Myanmar yang membunuh, memperkosa wanita & kanak-kanak dan membakar rumah serta perkampungan Rohingya.  Mereka sedang memusnahkan ethnik Rohingya atau #RohingyaGenocide.  Bantuan kemanusiaan disekat dari memasuki kawasan Rohingya.

Sehubungan dengan itu kami memohon keikhlasan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam setiap hari berdoa, solat hajat dan membaca surah Al-Waqi’ah di rumah atau di masjid dan surau di seluruh negara.  Mudah-mudahan melalui ikhtiar dan makbul doa, saudara-saudara kita di sana mendapat rahmat, ringan penderitaan, selamat dalam perlindungan  Allah Azza Wajalla. 

IKIAM sebagai NGO juga telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) memohon United Nations menggerakkan dan menghantar ‘Tentera Pengaman Antarabangsa’ (International Peace Keeping  Team) ke Myanmar.  InsyaAllah, dalam masa terdekat IKIAM akan menggerakkan ‘Bantuan Kemanusiaan Rohingya' sekali lagi sepertimana tahun 2012 dahulu dengan kerjasama beberapa pihak yang prihatin.

Sekian, terima kasih.


Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
Tel/WhatsApp:  +60182932387            Email:  ikiam.urus@gmail.com
Website:  http:\\ikiam.blogspot.com

Wednesday, November 16, 2016

Rohingya Genocide: United Nations INTERNATIONAL Peacekeepers to Myanmar






PRESS RELEASE
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Malaysia International Institute of Islamic Cooperation


Malaysia International Institute of Islamic Cooperation (IKIAM)  is very sad over recent news of widespread and continuous  rapes, tortures, child abuses, killings and burnings of ethnic Rohingya villages around Maungdaw township in northern Rakhine, Myanmar  since 10th. October  2016 by the Army and State Agencies. Some reports and studies appeared in international media also stated that the brutality has been there frequently since the 2012 tragedy.  Hundred thousands of Rohingya have been displaced from their villages.  Some of them are now in the IDP champs and others become refugees all over the world, including in Malaysia.   Current event drives more Rohingya homeless, living on the run in fear and hunger as they are severely lack of food and medicine supplies for them.

IKIAM view seriously media report by Human Rights Watch which identified a total of 430 destroyed buildings in three villages of Maungdaw District from an analysis of very high resolution satellite imagery recorded on the mornings of October 22, November 3, and November 10, 2016.  Of this total, 85 buildings were destroyed in the village of Pyaung Pyit (Ngar Sar Kyu);  245 buildings were destroyed in the village of Kyet Yoe Pyin; and 100 buildings were destroyed in the village of Wa Peik (Kyee Kan Pyin). Damage signatures in each of the assessed villages were consistent with fire, including the presence of large burn scars and destroyed tree cover.

It seems that the above evidences pointed to the ‘apparent systematic ethnic cleansing and genocide activities of the state of Myanmar on Rohingya’  instead of reinstating the Rohingya citizenship rights as demanded by the Rohingya community.  Does the world still want to remain silent on the slaughtering and destruction of ethnic Rohingya in Myanmar?

The Government of Myanmar is clearly not able to curb these atrocities and therefore must be more actively pressured to stop the unrest and killings immediately and to provide food and safety to ethnic Rohingya.  Myanmar government's failure to address these issues alone clearly shows a sign of weakness and actually Myanmar government needs the aid of the UN International Peacekeeping Team.

As such, IKIAM  is humbly requesting the Secretary-General of the United Nations (UN) together with the Organization of Islamic Conference (OIC) to act quickly in gathering and sending up 'UN INTERNATIONAL Peacekeepers' to Myanmar to help Myanmar government to stop the killing of Rohingya ethnic immediately. Thus international and local humanitarian groups could move into the conflict areas to provide some food and medicine to them.   We are confident that subsequently diplomatic teams from various countries around the world  including from ASEAN which include Malaysia shall be able to help the Government of Myanmar to end the conflict and to effectively implement structured programs to restore livelihoods and economic security as well as the citizenship rights of the ethnic Rohingya based on 'humanitarian POLICY' proclaimed today.  Therefore, we hope in the next two weeks the UN  INTERNATIONAL peacekeepers will be formed by the UN Secretary General and able to enter Myanmar and carry out their duties thereon.

Meanwhile, IKIAM which has been assisting Rohingya refugees in Malaysia on humanitarian ground since 2012 is urging Malaysian, ASEAN and World NGOs to continue pressuring the UN and the OIC for diplomatic solution on Rohingya issue. To the Muslims in Malaysia and the world, let us recite Doa, surah Al-Waqi’ah and pray to Allah continuously so the Rohingya’s misery shall cease and they do not disappear off the face of the earth.
 

Statement by:

Malaysia International Institute of Islamic Cooperation (IKIAM)
Dated: 17th. November 2016

Mohd Shamsuddin Damin
Secretary
Tel: 018-293 2387  E-mail:  ikiam.urus@gmail.com

Saturday, October 22, 2016

IKIAM Akan Laksanakan Logo 'Produk Muslim'



FORUM HALAL MUSLIM
20hb. Oktober 2016



Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Islam Malaysia (IKIAM) sedang berusaha membantu para usahawan Muslim kecil (mikro) dalam bidang pengeluaran makanan dan perkhidmatan. Fokus adalah kepada para usahawan di bawah bimbingan RISDA dan program-program pembangunan keusahawanan Kerajaan lainnya serta usahawan yang baru mencebur diri dalam perniagaan.

Melalui forum ini IKIAM akan membentangkan Rangka Dasar Program dan Jalinan Kerjasama dengan pihak JAKIM dan HDC.  Mudah-mudahan pandangan dan kerjasama semua pihak yang terlibat akan menambahbaik lagi Rangka Dasar Program untuk kejayaan usahawan dan ummah.

Ucaptama

YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin memberikan UCAPTAMA dengan menjelaskan hasrat IKIAM mahu membantu usahawan kecil yang baru bermula dan belum mendapat Pengiktirafan Halal oleh JAKIM.  Logo ‘Produk Muslim’ merupakan inisiatif IKIAM dan ianya tidak bersaing dengan pihak JAKIM.


Forum            
                        Pengantara Forum adalah YBhg. Saudara Mohd Shamsuddin Bin Damin
                        Setiausaha IKIAM

                        Pembentangan oleh YBhg. Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al  Saggaf
                        Pengarah Pembangunan Industri Halal & Pelancongan Islam IKIAM  - Mewakili 
                            IKIAM
                       
Pembentangan oleh YBhg.  Ustaz Muhamad Hawari Bin Hasan
                        Pengarah Kanan Dasar Bahagian Hab Halal  -  Mewakili JAKIM
                       
Pembentangan oleh YBhg. Tuan Ahmad Lokman Ibrahim
                        Naib Presiden  -  Mewakili Halal Industry Development Corporation(HDC)

                        Soalan Jawab & Resolusi

Resolusi

IKIAM mendapat sokongan penuh para hadirin yang mewakili 35 buah  NGO,  Persatuan dan
Jawatankuasa Masjid serta Surau yang mewakili jutaan umat Islam di Malaysia untuk 
melaksanakan logo ‘Produk Muslim’.