FORUM HALAL MUSLIM
20hb. Oktober 2016
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Islam Malaysia (IKIAM) sedang
berusaha membantu para usahawan Muslim kecil (mikro) dalam bidang pengeluaran makanan
dan perkhidmatan. Fokus adalah kepada para usahawan di bawah bimbingan RISDA
dan program-program pembangunan keusahawanan Kerajaan lainnya serta usahawan
yang baru mencebur diri dalam perniagaan.
Melalui forum ini IKIAM akan membentangkan Rangka Dasar Program dan
Jalinan Kerjasama dengan pihak JAKIM dan HDC. Mudah-mudahan pandangan dan kerjasama semua
pihak yang terlibat akan menambahbaik lagi Rangka Dasar Program untuk kejayaan usahawan
dan ummah.
Ucaptama
YB. Datuk Zahidi Zainul
Abidin memberikan UCAPTAMA dengan menjelaskan hasrat IKIAM mahu membantu
usahawan kecil yang baru bermula dan belum mendapat Pengiktirafan Halal oleh
JAKIM. Logo ‘Produk Muslim’ merupakan
inisiatif IKIAM dan ianya tidak bersaing dengan pihak JAKIM.
Forum
Pengantara Forum adalah YBhg. Saudara Mohd
Shamsuddin Bin Damin
Setiausaha IKIAM
Pembentangan oleh YBhg. Prof. Datuk Syed Omar
Syed Mohamad Al Saggaf
Pengarah Pembangunan Industri Halal &
Pelancongan Islam IKIAM - Mewakili
IKIAM
Pembentangan oleh YBhg. Ustaz Muhamad Hawari Bin Hasan
Pengarah Kanan Dasar Bahagian Hab Halal - Mewakili JAKIM
Pembentangan oleh YBhg. Tuan Ahmad Lokman Ibrahim
Naib Presiden
- Mewakili Halal Industry Development Corporation(HDC)
Soalan Jawab & Resolusi
Resolusi
IKIAM mendapat sokongan penuh para hadirin yang
mewakili 35 buah NGO, Persatuan dan
Jawatankuasa Masjid serta Surau yang mewakili jutaan umat Islam
di Malaysia untuk
melaksanakan logo ‘Produk
Muslim’.
jadi ke nk laksanakan logo produk ummah ni.. mcm mana nak apply
ReplyDelete