KENYATAAN MEDIA
20 November 2016
Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat
dukacita dengan apa yang sedang berlaku dan ditanggung oleh umat Islam Rohingya
di Arakan, Myanmar.
Maklumat dari media antarabangsa dan
bloggers mempaparkan tindakan ganas terancang tentera Myanmar yang membunuh,
memperkosa wanita & kanak-kanak dan membakar rumah serta perkampungan
Rohingya. Mereka sedang memusnahkan
ethnik Rohingya atau #RohingyaGenocide. Bantuan kemanusiaan disekat dari memasuki
kawasan Rohingya.
Sehubungan dengan itu kami memohon
keikhlasan seluruh rakyat Malaysia
khususnya yang beragama Islam setiap hari berdoa, solat hajat dan membaca surah
Al-Waqi’ah di rumah atau di masjid dan surau di seluruh negara. Mudah-mudahan melalui ikhtiar dan makbul doa, saudara-saudara
kita di sana mendapat rahmat, ringan penderitaan, selamat dalam perlindungan Allah Azza Wajalla.
IKIAM sebagai NGO juga telah
menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (United Nations) memohon United Nations menggerakkan dan menghantar
‘Tentera Pengaman Antarabangsa’
(International Peace Keeping Team) ke
Myanmar. InsyaAllah, dalam masa terdekat
IKIAM akan menggerakkan ‘Bantuan
Kemanusiaan Rohingya' sekali lagi sepertimana tahun 2012 dahulu dengan
kerjasama beberapa pihak yang prihatin.
Sekian, terima kasih.
Mohd Shamsuddin
Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM)
(Malaysia
International Institute of Islamic Cooperation)
Tel/WhatsApp: +60182932387 Email: ikiam.urus@gmail.com
Website: http:\\ikiam.blogspot.com
Our Holy Islam teach us lesson of love and kind to each other. Quran is our holy and last book of religious Islam. Quran teach us to spend our life according to Allah,s orders and Muhammad (PBUH), orders. I am doing my duty to teach the Quran to my Islamic brothers. We should must teach and learn Islamic Courses to understand the Islam and Allah and his Last prophet of Allah Muhammad (PBUH).
ReplyDelete