Saturday, October 22, 2016

IKIAM Akan Laksanakan Logo 'Produk Muslim'



FORUM HALAL MUSLIM
20hb. Oktober 2016



Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Islam Malaysia (IKIAM) sedang berusaha membantu para usahawan Muslim kecil (mikro) dalam bidang pengeluaran makanan dan perkhidmatan. Fokus adalah kepada para usahawan di bawah bimbingan RISDA dan program-program pembangunan keusahawanan Kerajaan lainnya serta usahawan yang baru mencebur diri dalam perniagaan.

Melalui forum ini IKIAM akan membentangkan Rangka Dasar Program dan Jalinan Kerjasama dengan pihak JAKIM dan HDC.  Mudah-mudahan pandangan dan kerjasama semua pihak yang terlibat akan menambahbaik lagi Rangka Dasar Program untuk kejayaan usahawan dan ummah.

Ucaptama

YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin memberikan UCAPTAMA dengan menjelaskan hasrat IKIAM mahu membantu usahawan kecil yang baru bermula dan belum mendapat Pengiktirafan Halal oleh JAKIM.  Logo ‘Produk Muslim’ merupakan inisiatif IKIAM dan ianya tidak bersaing dengan pihak JAKIM.


Forum            
                        Pengantara Forum adalah YBhg. Saudara Mohd Shamsuddin Bin Damin
                        Setiausaha IKIAM

                        Pembentangan oleh YBhg. Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al  Saggaf
                        Pengarah Pembangunan Industri Halal & Pelancongan Islam IKIAM  - Mewakili 
                            IKIAM
                       
Pembentangan oleh YBhg.  Ustaz Muhamad Hawari Bin Hasan
                        Pengarah Kanan Dasar Bahagian Hab Halal  -  Mewakili JAKIM
                       
Pembentangan oleh YBhg. Tuan Ahmad Lokman Ibrahim
                        Naib Presiden  -  Mewakili Halal Industry Development Corporation(HDC)

                        Soalan Jawab & Resolusi

Resolusi

IKIAM mendapat sokongan penuh para hadirin yang mewakili 35 buah  NGO,  Persatuan dan
Jawatankuasa Masjid serta Surau yang mewakili jutaan umat Islam di Malaysia untuk 
melaksanakan logo ‘Produk Muslim’.

2 comments:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    ReplyDelete
  2. jadi ke nk laksanakan logo produk ummah ni.. mcm mana nak apply

    ReplyDelete