Tuesday, September 27, 2016

Amalkan Membaca Surah Al-Waqi'ah










MENGHAYATI AL-QURAN DAN SUNNAH

PROGRAM 
MENGAMAL SURAH AL-WAQI’AH
(#amalkanAl-Waqi’ah)

1.0            PENGENALAN


Institut Kerjasama Islam Antabangsa  Malaysia  (IKIAM) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan  sosio-ekonomi masyarakat Islam disamping membantu kerajaan dan kepimpinan Negara.  Lantas, IKIAM bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan berperanan diperingkat antarabangsa.

        Menginsafi tentang kesan negatif tekanan ekonomi akibat kelembapan           ekonomi dunia dan serantau seperti  penurunan pelaburan, harga 
          minyak dan komoditi dunia yang menjadi tunjang ekonomi negara dan
          sumber pendapatan rakyat Malaysia serta penurunan nilai  matawang  
           ringgit   (RM) yang jelas meningkatkan harga barangan  import,  maka
          IKIAM mencadangkan untuk mengadakan Program     Wacana 
          Menghayati Al-Quran     dan Sunnah: Pengamalan Surah 
         Al-Waqi’ah Dalam Penghidupan Umat Islam (#amalkanAl-Waqi’ah). 
          Ia sebagai satu usaha mendekatkan umat Islam dengan Al-Quran
         dan Sunnah Rasulullah SAW serta proses pengukuhan ekonomi Islam.

            Ini tindak proaktif IKIAM dalam menyantuni dan menyentuh jiwa
            umat       Islam yang sedang tertekan dengan ‘keberkatan solusi
            ataupun jalan        penyelesaian’ yang Rasulullah    SAW telah
            tekankan untuk diamalkan ke arah penghidupan beriman, bertaqwa,
            sihat, kukuh ekonomi serta bekerjasama menjana kemenangan mutlak 
            di dunia dan di akhirat.


2.0            MATLAMAT PROGRAM

                       Program Dakwah ini adalah usaha dan ikhtiar mendidik   supaya
                       Umat Islam Di Malaysia, ASEAN dan Di Seluruh Dunia Amalkan
                      Membaca Surah Al-Waqi’ah sekurang- kurang nya sekali setiap hari
                     sebagai rutin amal tambahan kepada amalan  sedia ada. Ianya satu mesej
                      yang padu
  
                   Program  (#amalkanAl-Waqi’ah) ini berlandaskan banyak Hadis                              Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Amalan Membaca Surah   
                            Al-Waqi’ah dan Ekonomi di mana salah  satu Hadis tersebut 
                            bermaksud:-

                                    “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak
                                   akan  ditimpa kesusahan dan kemiskinan selama-lamanya”.                                                   (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
                        
                      Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak                      pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat.  Surah ini adalah surah                      Makkiyyah.  Secara biasa bacaan akan mengambil masa tujuh (7) minit                      dan mudah dihafal oleh kita dan anak-anak setelah dibaca berterusan.
                       
                        Mudah-mudahan, InsyaAllah mereka yang ikhlas  #amalkan  
                        Al-Waqi’ah, iaitu amalan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah        
                        sepertimana yang  disabdakan oleh Rasulullah SAW ini mendapat     
                       manafaat perkenan Allah dipermudahkan dan dilancarkan usaha 
                       atau inovasi pekerjaan mendapatkan rezeki dan kekayaan serta 
                       perekonomian yang HALAL.     Justeru mereka  dapat menjalani 
                       kehidupan berkualiti, tenang dan bahagia di dunia dan di akhirat. 
                       Mereka seterusnya mampu membuat  kebajikan membantu orang 
                       lain melalui ilmu, berzakat, bersedekah dan berwaqaf.  Mereka 
                       hidup, dalam taqwa dan bantu membantu. 

                    Maka InsyaAllah, berkat  #amalAl-Waqi’ah meningkatlah paras nilai
                    perekonomian umat Islam secara keseluruhannya.   Semoga kuranglah
          kemiskinan dan kefakiran kerana ‘dibimbangi gejala tersebut                      mendekatkan mendekatkan manusia kepada kekufuran’. 

                        Mudah-mudahan Allah turunkan sumber rezeki baharu, inovatif
                       dan berkembang pesat kepada umat Islam di Malaysia, ASEAN dan
                       Dunia.                                                                   
                                
                                                   
3.0            GERAK KERJA PROGRAM

      Memotivasi dan Melatih Para Pembimbing Amalan Membaca Surah
      Al-Waqi’ah kepada umat Islam di seluruh negara, ASEAN dan            Dunia.

                      Program SETAHUN ini adalah inisiatif IKIAM dengan pelbagai pihak
                     dan NGO-NGO serta aktivis Islam di Malaysia yang melihat perlunya
                    ada ‘tapak ilmu dan amal’ dalam proses pengukuhan hubungan dan
                   kerjasama antara NGO-NGO Islam di Malaysia, ASEAN dan di  
                   seluruh  dunia dalam mendepani beberapa  Perkara utama berkaitan isu
                    ekonomi secara khusus dan pembangunan ummah secara menyeluruh.

                  Program ini akan mengumpulkan aktivis IKIAM, NGO-NGO dari     
                 Malaysia, ASEAN dan Dunia yang mempunyai inspirasi untuk   
                 bekerjasama dan   membina jaringan  untuk memperkukuhkan tradisi
                ‘ilmu dan amal       berteraskan Al-Quran, Sunnah dan Hikmah’  
                 khususnya  #amalAl-Waqi’ah dalam penghidupan umat Islam sejagat. 


4.0              GERAKAN TERKINI

                        Pasukan IKIAM sedang menggerakkan aktiviti-aktiviti awal bagi  
                         mempromosikan Progra m ini.  Antara aktiviti-aktiviti yang sedang 
                         dilaksanakan atau dirancang perlaksanaannya adalah:-

a.     Menerbitkan Buku ‘Amalkan Membaca Surah Al-Waqi’ah’ dalam        beberapa Bahasa sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan.
b.     Siaran di media digital seperti Facebook dan seumpamanya
c.      Siaran di media massa seperti TV3, TV Al-Hijrah, TV9 dan lainnya
d.     Siaran di Media Cetak utama dan penerbitan oleh pelbagai pihak
e. Aktiviti-aktiviti setempat Membaca Surah Al-Waqi’ah Secara Beramai-Ramai seperti di surau, masjid sekolah dan tahfiz serta pejabat
f.       Kursus-kursus khusus untuk kumpulan tertentu seperti petani, usahawan, professional, pelajar, ibu tunggal, dan kumpulan asnaf.
g. Penyediaan Teks Khutbah Jumaat yang menganjurkan ‘Amalkan Membaca Surah Al-Waqi’ah.
h.     Menyebarkan #amalAl-Waqi’ah kepada pelbagai kumpulan Jemaah.


5.0            PENUTUP

                      Program strategik berterusan jangka panjang Amalkan Membaca Surah
                     Al-Waqi’ah (#amalkanAl-Waqi’ah) ini diharapkan dapat dilaksanakan  
                     dengan bantuan pelbagai pihak terutamanya sebagai program  
                    tambahan kepada program yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan
                     di peringkat negara,  ASEAN dan Dunia.

            Program ini pada peringkat awal sedang ditumpukan kepada    menjemput               kerjasama    dengan agensi-agensi Kerajaan,  NGO-NGO  Islam
              Malaysia ASEAN dan Dunia   terutamanya untuk meningkatkan     syiar,
             martabat      serta             keyakinan terhadap potensi Perekonomian  
              Islam disamping membantu dalam misi-misi kemanusiaan dan dakwah .

            Kami yakin Program ini juga akan berusaha membantu mewujudkan             masyarakat   Islam yang lebih sederhana dengan mengutamakan  
            kekuatan dakwah         dan ekonomi serta inovasi berbanding dengan 
            berkonfrantasi.  Mereka akan lebih berusaha, tekun dan bertawakal  
            dalam  mencari rezeki yang HALAL di muka bumi Allah Azza Wajalla.

            Berkat Program ini, InsyaAllah akan melonjakkan Malaysia sebagai
            Pemimpin  Negara Islam yang aktif, progresif, inovatif dan prihatin
            kepada perkembangan kualiti  kehidupan umat Islam sejagat.

            Sekian, terima kasih.    Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Program 
            dan Belian/Waqaf Buku Amalkan Membaca Surah Al-Waqi’ah:-


                        Mohd Shamsuddin Damin
                        Setiausaha IKIAM Merangkap Pengasas Program            
                        No. Tel/WhatsApp:  018-2932 387   Email:  ikiam.urus@gmail.com  

 

INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (644854-A)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
No.34-2, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat,
53000 Kuala Lumpur
Telefax: +603-4031 7943     /    +6018-2932 387  

                      

1 comment:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    ReplyDelete