Monday, December 23, 2013

Kalimah Suci Allah Jangan Di Salah Guna



KENYATAAN MEDIA
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita dengan usaha dan tindakan berterusan pihak-pihak bukan Islam, khususnya kumpulan-kumpulan Kristian yang menggunakan kalimah suci ALLAH dalam pengajaran agama selain dari agama Islam sama ada dalam bentuk penerbitan ataupun pendidikan. Penggunaan kalimah ALLAH bukan dengan maksud sepertimana dalam agama Islam adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan sewajarnya dihentikan serta merta.  Mereka bukan Islam yang menggunakan kalimah ALLAH sebagai merujuk kepada TUHAN dan kemudian menyekutukannya mesti kita dakwahkan dan perbetulkan. Kita juga mesti tentang penyebaran pengajaran yang salah itu.  Seeloknya mereka itu dapat kita Islamkan.

Dalam kontaks negara Malaysia ini, dakwaan adanya beberapa kumpulan Kristian sepertimana yang difahamkan berlaku di Selangor baru-baru ini yang menggunakan kalimah ALLAH dalam pendidikan dan penyebaran maklumat mereka melalui buku-buku serta kartun memang amat membimbangkan umat Islam.  Kegiatan mereka itu jika tersebar luas dikuatiri boleh mengelirukan umat Islam.  Apakah matlamat sebenar kumpulan-kumpulan tersebut kerana secara tradisinya mereka telah menterjemahkan GOD dengan perkataan TUHAN? Adakah mereka memang mencabar kesabaran umat Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sendiri?   

 IKIAM menyeru para cendiakawan Islam Liberal yang menyokong dan memberikan semangat kepada gerakan kumpulan-kumpulan Kristian ini supaya meneliti kembali pendirian mereka dan balik ke pangkal jalan. IKIAM berpandangan umat Islam mesti menjaga kalimah suci ALLAH dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Oleh:

Dato’ Muhamad Mustaffa Idrus
Timbalan Pengerusi II
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  23hb Disember 2013

Untuk maklumat lanjut:-

Mohd Shamsuddin Damin, Setiausaha IKIAM di no. 019-237 7887

1 comment:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    ReplyDelete