Monday, December 23, 2013

IKIAM Mengecam Keganasan Pengeboman Di Danok, Selatan Thailand



            22hb Disember 2013                                                                           logo-ngo-islam-asean-1.jpg      
           
https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSBrRD0MG8We7PEephoACb51ZJQ0kuRGXvOHEE2Ouk73lQBn2kn

KENYATAAN MEDIA
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN
sangat dukacita dengan peristiwa pengeboman di bandar Padang Besar, Danok dan Sadao, Selatan Thailand pada hari ini. Kami difahamkan letupan bom telah membunuh beberapa orang awam dan memusnahkan banyak harta benda serta merencatkan kegiatan pelancongan, urusan perniagaan dan penghidupan harian di tiga bandar tersebut. 

Bandar-bandar tersebut memang popular dan dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan ASEAN.  Ketegangan itu juga memberi kesan negatif kepada kelancaran perniagaan, aktiviti pelancongan dan penghidupan bandar-bandar sempadan sebelah Malaysia seperti Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.

Atas semangat ASEAN dan kemanusiaan IKIAM mengecam tindakan keganasan pengeboman,  pembunuhan dan pemusnahan harta benda yang terancang itu.  IKIAM mohon pihak-pihak yang terlibat menghentikan tindakan kejam dan sangat merugikan tersebut dan mencari jalan damai melalui kerjasama serta rundingan atas apa sahaja masalah dan kemarahan yang sedang mereka hadapi.

IKIAM juga mengucapkan takziah dan bersabar kepada keluarga mangsa-mangsa yang terbunuh dan tercedera pada hari ini.  Kami berdoa semua rakyat Malaysia yang berada di ketiga-tiga bandar itu sebagai pelancong dan pedagang berada dalam keadaan selamat sejahtera dan akan kembali ke Malaysia seperti dirancang.  Kami yakin kerajaan Thailand akan berjaya menghentikan keganasan  dan keadaan akan kembali aman seperti biasa dalam masa terdekat.

Kenyataan Oleh:

Dato’ Muhamad Mustaffa Idrus
Timbalan Pengerusi II
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  22hb Disember 2013

Untuk maklumat lanjut:-

Mohd Shamsuddin Damin, Setiausaha IKIAM di no. 019-237

1 comment:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    ReplyDelete