Monday, September 26, 2016

Program Membantu Usahawan Muslim



Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Program Membantu Usahawan Muslim

(Merujuk kepada kenyataan YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi IKIAM)

 
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) akan menjalin kerjasama untuk membantu para usahawan RISDA dan Usahawan Muslim Malaysia untuk mendapatkan sijil ‘Pengiktirafan Halal JAKIM’ dan Pembangunan Perniagaan Halal Sehingga Ke Peringkat Global.

Secara ringkasnya, IKIAM pada peringkat awal akan mengklasifikasikan syarikat-syarikat yang dibantu kepada dua kategori:-

A.     Keluaran Muslim             - (yang belum mempunyai sijil Pengiktirafan Halal JAKIM)
B.      Halal Keluaran Muslim    - (setelah mempunyai sijil Pengiktirafan Halal JAKIM)


Kategori A.

Syarikat Muslim dalam Kategori A. akan dibantu dalam usaha mendapatkan sijil Pengiktirafan Halal JAKIM dan Pembangunan Perniagaan di Malaysia.

Kategori B.

Syarikat Muslim dalam Kategori B. akan dibantu dari sudut Pembangunan Perniagaan di Malaysia dan peringkat Antarabangsa.


Matlamat Program ini adalah untuk membantu membangunkan seramai mungkin Usahawan Muslim, bermula dari para usahawan RISDA untuk mendapatkan sijil Pengiktirafan Halal JAKIM dan seterusnya berupaya Memasarkan Produk dan Khidmat sehingga ke peringkkat Global.  Ini termasuk juga untuk memenuhi keperluan trend pengguna Muslim dan Bukan-Muslim yang mahu membeli dan mengguna Produk Halal Keluaran Muslim.

Secara umumnya kerjasama ini akan melibatkan IKIAM-RISDA dan JAKIM.  Mekanisma kerjasama akan diperincikan antara pihak-pihak yang terlibat, contohnya melalui Forum Halal Muslim yang akan dianjurkan oleh IKIAM dalam masa terdekat dan perbincangan-perbincangan berkaitan yang sedang diatur. 

InsyaAllah, usaha ini akan mendapat sokongan semua pihak dan memberi manafaat besar kepada para usahawan Muslim yang terlibat dan juga perkembangan industri Halal negara secara strategik.

Sekian, terima kasih.



Kenyataan Oleh:

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha 
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)

No. Tel/WhatsApp:   018-293 2387

Bertarikh:  26hb September 2016

Tuesday, July 12, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR BATIN


Kami dengan sukacitanya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh KEPIMPINAN dan AKTIVIS IKIAM di seluruh negara dan Antarabangsa.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dan ceria dalam meraikan hari yang berbahagia ini.  Aamiin.

InsyaAllah kita teruskan aktiviti yang sedang dirancang.

Monday, March 14, 2016

KARNIVAL PERDANA KELUARGA BAHAGIA DAN BERINOVASI





KARNIVAL PERDANA KELUARGA  BAHAGIA DAN BERINOVASI
PADA 17-19HB. MAC 2016
DI PADANG BANDAR LAGUNA MERBOK, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama dan tema Program
Karnival Perdana Keluarga Bahagia dan Berinovasi, sempena Tahun Melawat Kedah 2016  dan Tahun Festival Malaysia 2016 adalah untuk menyebarkan kepada komuniti Sungai Petani dan rakyat negeri Kedah pentingnya untuk kita berusaha Membangunkan Keluarga Bahagia dan Berinovasi supaya penghidupan dan pencapaian keluarga kita boleh menyumbang, setanding dan seiring dengan pembangunan Negeri dan Negara yang kita hajatkan sebagai negeri dan negara ‘Baldatun Toyyibah waa Rabbun Ghafur’.

Oleh yang demikian, setiap acara dan aktiviti dirangka dan akan dilaksanakan bagi menjelaskan, mempamerkan dan memberikan ilmu ke arah Membangunkan Keluarga Bahagia dan Berinovasi.


KOMPONEN KARNIVAL

Khamis  - 17hb March 2016

BIL
MASA
ATURCARA
1
9.00 –
11.00 pagi
KARNIVAL PERDANA Bermula     (Pembukaan Gerai-Gerai)
-          Ucapan Aluan YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi IKIAM
-          Ucapan Aluan  YB. Dato’ Tajul Urus Mohd Zain
-          Pertunjukan Budaya / Warisan
2
10.00  – 12.00 tgh
Wacana Membina Generasi Muda Inovatif
-          Program Pembentukan Minda dan Budaya Inovasi
3
3.00  - 6 .00 petang
YB-YB & Pemimpin Bahagian Merbok & Sungai Petani Bersama Rakyat –Aktiviti Rakyat
4
7.00 – 9.00 malam
Imarah Masjid Dipimpin Oleh YB. EXCO Agama (Masjid Andalusia)
-          Solat Maghrib Berjamaah
-          Bacaan Yassin & Tahlil
5
9.00 – 11.00 malam
Ceramah Perdana Agama bertajuk: ‘Keluarga Bahagia dan Berinovasi’
- Moderator: Mohd Shamsuddin Damin
- Panel 1. Ustaz Shazly KLCC
- Panel 2.  Ustazah CARDIFF – Panel 3.  Syed kumpulan Samudera

Jumaat
18hb Mac

6
9.30 – 10.30 pagi
Gerak Usahawan Inovatif, Kreatif dan Agresif serta Beriman – Global Networks & E-Commerce
7
10.30 – 11.30 pagi
 “Inovasi Dalam Perspektif Islam” Oleh Mohd Shamsuddin Damin

8
1.15 – 2.15 petang
Solat Jumaat di Masjid Andalusia
9
2.30 – 4.45 petang
Acara Perasmian KARNIVAL PERDANA oleh YAB Menteri Besar Kedah YAB. DATO’  SERI AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH
-          Meraikan penduduk perlu bantuan dan anak yatim.
-          Jamuan Bersama Rakyat
-          Persembahan Kumpulan Nasyid Maahad Tahfiz Kuala Muda dan Yan
10
5.15 – 6.00 Petang
Persembahan Berzanji & Selawat Nabi SAW

11
9.00 – 11.00 malam
Imarah Masjid.  Program “Bersama Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz
Dr. Hj Azhar Yaacub” bersama TV Al-Hijrah 




Sabtu
19hb Mac

12
8.00 – 10.30 pagi
Siaran Langsung “Nasi Lemak Kopi O dari TV9, Wawancara bersama Penaung IKIAM Malaysia dan Pengerusi IKIAM, YABhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
-          “Halatuju Pendidikan Pondok Bersepadu’
13
10.30 – 3.00 petang
Singgah Mesra dan Acara Misteri Pelancongan
-          Memperkenalkan Industri dan  Kawasan Perlancongan di Daerah Kuala Muda dan Yan – Kementerian Pelancongan
14
3.30 – 6.00 petang
Majlis Penutupan KARNIVAL PERDANA KELUARGA BAHAGIA DAN BERINOVASI
-          Pelbagai Persembahan dan Cabutan Bertuah
15
6.00 petang
Bersurai /  Mengemaskan Khemah


Sekian, terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua!

Monday, March 16, 2015

Mari Kita Amalan Membaca Surah Al-Waqiah



HARFIYYAH SURAH AL-WAQI’AH


Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.

Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.

Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat yang diterangkan oleh para ulama, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia    dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), InsyaAllahdi tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.


* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’.  InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun (atau beberapa tahun secara beransur)  itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.



Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:-

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


Makluman Penyusun

Saya mencadangkan kita semua membaca surah Al-Waqiah setiap hari.  Bilangannya sedaya kita.  Ajarkan dan galakkan anak-anak kita untuk menghafaz dan mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah.  

Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan murah  rezeki kepada kita serta keluarga dalam pelbagai bentuk rezeki.  Ini termasuk kesejahteraan dan meningkatnya perekonomian umat Islam.   Aamin.
Saya menyarankan bagi menambahkan lagi ilmu dan khususnya amalan membaca Surah Al-Waqi’ah bagi hajat khusus para membaca membuat rujukan kepada pakar-pakar, ulama-ulama dan bijak bistari yang anda kenali.

Saya memohon maaf sekira ada salah dan silap serta kelemahan ilmu mahupun cara dalam usaha ini.  Hubungi saya sebarang kesilapan supaya dapat diperbaiki di masa hadapan.

Sebarluaskanlah ilmu dan amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW  ini kepada semua.  Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah SWT dengan kejayaan di dunia serta di akhirat.

 Terima kasih kepada Ustaz Zaki Mastam yang turut mengkaji dan membuat ringkasan mengenai Harfiyyah Surah Al-Waqiah.

Mohd Shamsuddin Damin
Tel: 0016-375 6618