Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Program
Membantu Usahawan Muslim
(Merujuk kepada kenyataan YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi IKIAM)
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) akan menjalin kerjasama untuk
membantu para usahawan RISDA dan Usahawan Muslim Malaysia untuk
mendapatkan sijil ‘Pengiktirafan Halal JAKIM’ dan Pembangunan Perniagaan Halal Sehingga Ke
Peringkat Global.
Secara ringkasnya,
IKIAM pada peringkat awal akan mengklasifikasikan syarikat-syarikat yang
dibantu kepada dua kategori:-
A. Keluaran
Muslim -
(yang belum mempunyai sijil Pengiktirafan Halal
JAKIM)
B. Halal
Keluaran Muslim - (setelah mempunyai sijil Pengiktirafan Halal JAKIM)
Kategori A.
Syarikat Muslim dalam Kategori A. akan
dibantu dalam usaha mendapatkan sijil Pengiktirafan Halal JAKIM dan
Pembangunan Perniagaan di Malaysia.
Kategori B.
Syarikat Muslim dalam Kategori B. akan
dibantu dari sudut Pembangunan Perniagaan
di Malaysia dan peringkat Antarabangsa.
Matlamat Program ini adalah untuk membantu membangunkan
seramai mungkin Usahawan Muslim,
bermula dari para usahawan RISDA untuk mendapatkan sijil Pengiktirafan Halal JAKIM
dan seterusnya berupaya Memasarkan
Produk dan Khidmat sehingga ke peringkkat Global. Ini termasuk juga untuk memenuhi keperluan trend pengguna Muslim dan Bukan-Muslim yang
mahu membeli dan mengguna Produk Halal
Keluaran Muslim.
Secara umumnya kerjasama ini
akan melibatkan IKIAM-RISDA dan JAKIM. Mekanisma
kerjasama akan diperincikan antara pihak-pihak yang terlibat, contohnya melalui
Forum Halal Muslim yang akan
dianjurkan oleh IKIAM dalam masa terdekat dan perbincangan-perbincangan
berkaitan yang sedang diatur.
InsyaAllah, usaha ini akan
mendapat sokongan semua pihak dan memberi manafaat besar kepada para usahawan
Muslim yang terlibat dan juga perkembangan industri Halal negara secara strategik.
Sekian, terima kasih.
Kenyataan Oleh:
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
No. Tel/WhatsApp: 018-293 2387
Bertarikh: 26hb September 2016
No comments:
Post a Comment