Wednesday, March 6, 2013

Cadangan Penubuhan Pasukan Polis Syariah Persekutuan










KERTAS CADANGAN

 




CADANGAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MENUBUHKAN PASUKAN

‘POLIS SYARIAH PERSEKUTUAN’





INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (644854-A)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
No.34-2, Persiaran Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Telefax: +603-4031 7943     /    +6019-237 7887   /+6019-377 0228
 


1.0    PENGENALAN


INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IKIAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan  sosio-ekonomi masyarakat Islam disamping membantu kerajaan dan kepimpinan Negara. Lantas,  menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan dihormati diperingkat antarabangsa.

Antara usaha IKIAM yang sedang berjalan sejak beberapa tahun dahulu adalah melakukan beberapa kajian strategik ke arah membantu kepimpinan negara dalam membentuk polisi-polisi proaktif terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat, khususnya umat Islam.

Salah satu kajian yang sedang dilaksanakan adalah mengenai usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ke arah meningkatkan keefektifan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan tugas- tugas berkaitan Perundangan Islam secara khusus dan perlaksanaan Pentadbiran Agama Islam secara amnya di seluruh negara. 


2.0    LATARBELAKANG PERUNDANGAN SYARIAH DAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia.  Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada Mahkamah Sivi, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. 

Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah Enekmen Negeri-Negeri.

Ø Mahkakamah  Syariah
Ø Mahkamah Tinggi Syariah
Ø Mahkamah Rayuan Syariah

Pentadbiran Agama Islam pula menjalankan pentadbiran bersangkut dengan umat Islam seperti urusan Zakat, Baitulmal, Dakwah, Pendidikan, Pengurusan Masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.


3.0    USAHA MENAIK TARAF SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH

Kerajaan Persekutuan sedang meneruskan usaha menaiktaraf Sistem Kehakiman Syariah melalui pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah  Syariah di Malaysia dalam Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Antara cadangan tersebut adalah:-

v Menambah hierarki Mahkamah Syariah kepada lima peringkat iaitu:-    

o   Mahkakamah  Rendah Syariah
o   Mahkamah Tengah Syariah
o   Mahkamah Tinggi Syariah
o   Mahkamah Rayuan Syariah
o   Majlis Rayuan Syariah

v Meningkatkan taraf jawatan dan emolument hakim-hakim Mahkamah Syariah supaya setaraf dengan Mahkamah Sivil

v Meneliti semula had hukuman Mahkamah Syariah yang dilihat masih rendah berbanding had hukuman di Mahkamah Sivil




4.0  PRESTASI MAHKAMAH SYARIAH

  Kerajaan berpandangan prestasi Mahkamah Syariah adalah memuaskan dan selari dengan keperluan umat Islam pada hari ini.  Sehubungan dengan itu Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf Mahkamah Syariah supaya setanding dengan Mahkamah Sivil.
                                                                     
Pandangan umum pula melihat prestasi Mahkamah Syariah adalah kurang memuaskan dan perlu ditingkatkan prestasinya secepat mungkin bagi memenuhi keperluan umat Islam hari ini. 

Antara perkara yang diharapkan dapat ditingkatkan prestasinya adalah seperti berikut:-

Ø Proses Perceraian perlu dipercepatkan.
Perkara ini sangat penting kerana pada hari ini terdapat begitu ramai wanita yang memohon cerai atau telah diceraikan suami tergantung penghakimannya sehingga bertahun-tahun.

Ø Proses Kuasa Penjagaan Anak perlu dipercepatkan.
Perkara ini juga sangat penting supaya anak-anak terjaga kebajikan mereka.

Ø Perlaksanaan ‘Pemberian Nafkah Kepada Anak’ perlu pemantauan pematuhan hukum.
Perkara ini berlaku sangat berleluasa dan biasanya pihak wanita yang diberi kuasa menjaga anak terpaksa menanggung segala perbelanjaan kerana pihak lelaki engkar dengan pematuhan hukum untuk memberi nafkah kepada anak-anak serta juga isterinya semasa edah.  Implikasinya pihak wanita terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan berat dan setengahnya sehingga terjerumus ke lembah pelacuran kerana kegagalan pihak lelaki memberi nafkah seperti yang telah dihukumkan.

Ø Kes-kes Khalwat atau Perzinaan yang melahirkan anak bebannya hanya kepada pihak wanita.  Selepas penghukuman pihak lelaki menghilang diri dan lepas tangan.

Malahan pihak umum mahukan beberapa jenayah syariah dimasukkan dalam perundangan jenayah syariah (pendakwaan, perbicaraan dan penghukuman { konsep takzir} serta memberi tauladan) secepat mungkin bagi menangani jenayah syariah khusus yang sedang melanda umat Islam hari ini.

Antara jenayah syariah yang sering diperkatakan adalah:-

Ø Perzinahan
Ø Perzinahan yang menghasilkan anak
Ø Rogol
Ø Liwat
Ø Penyelewengan Akidah
Ø Perbankan Syariah


5.0        KELEMAHAN YANG PERLU DAN BOLEH  DIPERBAIKI SEGERA

Pada hemat kami beberapa kelemahan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah hari ini boleh diperbaiki melalui inovasi dalam perlaksanaan:-

Ø Penerimaan Aduan
Ø Penangkapan / Kehadiran Orang Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes
Ø Kaunseling
Ø Pendakwaan
Ø Penghukuman
Ø Pematuhan Hukum oleh pihak-pihak yang terlibat
Ø Rayuan kepada penghukuman

Kami berpendapat kelemahan paling ketara dan mesti diatasi segera adalah dalam perkara  perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah hari ini adalah berikut dalam aspek:-

Ø Penangkapan / Kehadiran Orang Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes

Dua aspek tanggungjawab penting dalam menyokong perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah ini pada dasarnya dipikul  oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama  dan dibantu oleh pihak Polis.

Umum mentafsirkan ‘peranan Polis’ dalam konteks ini adalah apabila khidmatnya diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama.  Ini bermakna Polis tidak dapat memberikan tumpuan khusus dalam konteks menyokong perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah sepertimana yang diperlukan oleh Mahkamah Syariah.

Namun ramai berpendapat Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama di setiap negeri menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas dengan efektif kerana beberapa kekurangan atau kelemahan berikut:-

·        Struktur jawatan yang tidak mantap atau ‘tidak tetap’
·        Kekurangan latihan sebagai ‘Anggota Penguatkuasa’
·        Kekurangan peralatan, logistik dan anggota untuk pengintipan serta penangkapan
·        Kekurangan peralatan untuk siasatan kes-kes yang melibatkan analisa bahan bukti dan juga ‘kemestian memenuhi garis panduan syariah’
·        Kekurangan jumlah ‘pakar siasatan’



6.0           CADANGAN PENUBUHAN POLIS SYARIAH PERSEKUTUAN

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) setelah meneliti perkara-perkara  tersebut di atas sukacita mencadangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan Mahkamah Syariah supaya Kerajaan Persekutuan  mempertimbangkan cadangan berikut:-

v Kerajaan menubuhkan sebuah Unit Polis Syariah Persekutuan di bawah Polis Di Raja Malaysia.

v Singkatan yang dicadang adalah UPS-99.

v Matlamat penubuhan Polis Syariah Persekutuan ini adalah bagi menguatkan peranan Polis dalam  membantu Penguatkuasa Jabatan Agama negeri-negeri melaksanakan keperluan perjalanan Mahkamah Syariah masing-masing.

v UPS-99 sewajarnya diketuai oleh seorang Komander Muslim Berpangkat Deputi Inspektor General Polis.

v Pada awal pelancaran UPS-99 akan dianggotai oleh anggota fasa pertama seramai 99 orang berbagai pangkat yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran sesuai dan terlatih dalam perkara perundangan syariah.

v Pelancaran UPS-99 wajar dibuat oleh Kerajaan Persekutuan secepat mungkin sebagai bukti komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan terhadap usaha berterusan mempertingkatkan perlaksanaan perundangan syariah di Malaysia.

v Fasa pengembangan pula terserah kepada keperluan yang telah dikenalpasti dengan terperinci.



7.0          PENGUKUHAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DENGAN   ADANYA UNIT POLIS SYARIAH PERSEKUTUAN

Kami yakin dengan adanya Unit Polis Syariah Syarikah Persekutuan (UPS-99) maka bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia boleh terus ditingkatkan.

Beberapa jenayah  syariah yang kini belum dikendalikan oleh Mahkamah Syariah dan sangat diharapkan oleh umat Islam supaya perundangannya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah boleh ditambahkan setelah adanya ‘kekuatan penyiasatan’ yang dipelopori oleh UPS-99 itu.


8.0  KEYAKINAN DAN KESIMPULAN

Kami yakin cadangan ini sekiranya diterima pakai dan diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini  maka keyakinan rakyat terhadap  Kerajaan, khususnya dikalangan orang Melayu Islam akan meningkat.

Ini kerana jelas pada mereka Kerajaan adalah ikhlas untuk meningkatkan syiar dan martabat Islam di Malaysia dan peringkat dunia secara berterusan dan berhikmah.



Disediakan Oleh
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia
Tel:  019-237 7887

Monday, January 14, 2013

IKIAM: Program Transformasi Jurusan Agama - Borang Penyertaan




Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam akan menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA - Perniagaan, Keusahawanan Dan Inovasi Sebagai Kerjaya Dan Ibadah serta Pelancaran Dana At-Tijarah khusus untuk memberi peluang kepada para graduan mendapat bimbingan, latihan dan seterusnya menceburi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta inovasi. 

Program pembangunan ekonomi ummah berteraskan keusahawanan dan inovasi secara berterusan ini akan diadakan pada 15hb – 17hb  Februari  2013 di UiTM Shah Alam, Selangor dan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin.

Sehubungan dengan itu IKIAM sukacita menjemput mereka yang berminat dan memenuhi kriteria berikut untuk mendaftar bagi menyertai program strategik bersepadu ini.

Ø  Lepasan jurusan Agama Islam
Ø  Berumur antara 17 – 45 tahun
Ø  Mempunyai cita-cita serta kesungguhan untuk menjadi usahawan atau sudah bermula
Ø  Bersikap positif dan mahu menyelami dunia perniagaan serta inovasi
Ø  Sabar untuk menimba ilmu perniagaan serta bimbingan berterusan ‘Cipta Niaga Halal’
Ø  Gigih membina rangkaian perniagaan
Ø  Bersedia menyumbang kepada masyarakat untuk sama berjaya di dunia dan akhirat
Ø  Penyertaan adalah percuma

Sila penuhkan borang penyertaan di bawah.

Nama:                                                                                     No. K/P  :
Alamat:                                                                                    No. Telefon:
                                                                                                No. Fax:
Kelulusan:                                                                               No. E-Mail:
Bidang Keusahawanan / Inovasi Diminati:

Kirimkan  kepada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) di alamat No. 34-2, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur. 
No. telefax:  03-4031 7943. No. telefon: 019-237 7887  atau E-mailkan maklumat kepada:  ikiam.urus @gmail.com.  Kunjungi juga blog kami di http://ikiam.blogspot.com. 

Monday, December 3, 2012

Ucapan Pelancaran Program 'Say No - Unite to End Violence Against Women'


Ucapan YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor - Isteri YAB Perdana Menteri

22/11/2012 

MAJLIS PELANCARAN RASMI KEMPEN 'SAY NO - UNITE TO END VIOLENCE AGAINST WOMEN'

Tempate: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TG. MALIM

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan syukur dan merafakkan sembah kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah perkenan dan izin rahmatNya jua dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis Pelancaran Kempen "Say No- Unite to End Violence Against Women" pada hari ini.

2. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Srikandi Malaysia, Prihatin Kuala Lumpur dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di atas inisiatif dan kerjasama dalam menganjurkan kempen ini.

Sesungguhnya kesedaran terhadap pentingnya menangani keganasan terutamanya terhadap kaum wanita haruslah diperluaskan bagi memastikan kesejahteraan yang saksama dirasai oleh kesemua rakyat Malaysia, tidak kira samada wanita mahupun lelaki dalam persediaan kita melangkah ke era negara maju.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,

3. "Unite to End Violence Against Women" merupakan kempen hasil cetusan idea Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-Moon. Kempen yang telah dilancarkan pada tahun 2008 ini bertujuan untuk mencegah dan melenyapkan segala bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia. Ianya menyeru agar badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, swasta dan keseluruhan agensi di bawah PBB untuk bekerjasama, berganding bahu dan menggembleng tenaga bagi memastikan isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak ditangani dengan baik. Mesejnya adalah supaya hak wanita dan kanak-kanak perlu dijaga serta dihormati sepanjang masa.

4. Kempen tersebut telah berjaya mengumpul lebih 5 juta tandatangan daripada masyarakat seluruh dunia sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut serta menyeru agar ianya dijadikan agenda utama kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Sehingga kini, kempen ini telah dilancarkan di benua Afrika, Asia Pasifik, Latin Amerika dan juga Kepulauan Carribean. Kini tibalah masanya bagi Malaysia pula melancarkan kempen "Say No - Unite To End Violence Against Women" peringkat kebangsaan bagi merealisasikan harapan kempen ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

5. Keganasan terhadap wanita adalah masalah sejagat yang melanda seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan mahupun budaya. Definisinya mengikut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) adalah perbuatan yang menganiaya wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai cara, samada melalui penderaan fizikal, emosi ataupun gangguan seksual. Adakalanya keadaan berlakunya keganasan ini adalah begitu mendalam di kalangan sesetengah masyarakat sehinggakan ianya telah dianggap oleh ramai wanita berkenaan sebagai salah satu cara hidup mereka.

6. Menurut sesetengah ahli sejarah, keganasan terhadap wanita ada hubung kaitnya dengan persepsi masyarakat tersebut terhadap status wanita yang mana mereka dianggap sebagai kelas yang lebih rendah daripada kaum lelaki. Laporan daripada UN Declaration on the Elimination of Violence Against Women menyatakan bahawa keganasan ini adalah sebagai manifestasi terhadap ketidakseimbangan hubungan kuasa di antada kaum wanita dan lelaki, yang mengakibatkan berlakunya diskriminasi terhadap wanita serta penyekatan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang.

7. Mengikut kajian yang dijalankan oleh PBB pada tahun 2002, secara global, dianggarkan sejumlah 150 juta kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun menderita akibat daripada penderaan seksual. Adalah juga dianggarkan sebanyak 80% daripada 800,000 orang yang diperdagangkan setiap tahun adalah wanita dan kanak-kanak perempuan, di mana 70% daripadanya adalah untuk tujuan seksual.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Keganasan terhadap wanita adalah pencabulan hak asasi manusia. Ianya mempunyai kesan yang sangat mendalam dan menguggat bukan sahaja kesihatan mental dan fizikal kaum wanita tetapi juga membawa kesan terhadap anak-anak dan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam keluarga di mana terdapatnya keganasan terhadap wanita akan menghadapi pelbagai masalah tingkahlaku dan emosi. Mengikut kajian Bank Dunia pada tahun 1994 ke atas kaum wanita berumur 16 hingga 44 tahun, pemerkosaan dan keganasan domestik adalah lebih merbahaya daripada penyakit kanser, malaria ataupun kemalangan.

9. Seorang wanita yang mengalami sejarah keganasan fizikal ke atasnya secara langsung akan turut terganggu secara emosi. Sedangkan luka luaran sesudah sembuh pun akan meninggalkan parut, apatah lagi luka emosi dalaman. Mereka yang dikasari secara kebiasaannya akan mengalami kemurungan, fobia, lekas marah dan mungkin mencuba untuk mencederakan diri. Pembentukan kematangan sosial, emosi dan jasmani seorang wanita juga akan terbantut akibat perilaku pihak yang tidak bertanggungjawab.

10. Keganasan terhadap wanita juga mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang mengakibatkan implikasi terhadap masyarakat.Sebagai contoh, ianya menyebabkan wanita tidak berupaya untuk bekerja, kehilangan pendapatan dan tidak mampu untuk menjaga diri sendiri, anak-anak dan juga keluarga.

11. Fenomena ini juga dikatakan akan memberikan impak yang negatif terhadap produktiviti dan ekonomi. Statistik PBB menunjukkan bahawa keganasan domestik telah mengakibatkan kerugian sebanyak lebih kurang USD1.16 billion setahun di Kanada, USD5.8 billion setahun di Amerika Syarikat dan USD11.38 billion setahun di Australia. Di samping itu, dianggarkan sebanyak USD 4.1 billion pula dibelanjakan bagi tujuan perkhidmatan, perubatan dan kesihatan bagi mangsa keganasan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

12. Di Malaysia pula, kebanyakan keganasan yang direkodkan adalah berbentuk keganasan domestik dan penderaan seksual. Statistik daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan secara puratanya terdapat 3,000 kes keganasan terhadap wanita pada setiap tahun. Dengan peningkatan kes-kes jenayah seperti rogol dan penderaan, situasi ini sewajarnya dibendung sebelum menjadi lebih melarat.

13. Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. Justeru, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) telah mengambil beberapa inisiatif seperti meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memenuhi keperluan semasa. Selain itu khidmat bimbingan dan kaunseling bagi mengukuhkan emosi dan psikologi mangsa keganasan rumah tangga juga disediakan melalui perkhidmatan Talian Nur bagi memudahkan orang awam termasuk mangsa keganasan rumah tangga untuk membuat aduan ataupun membuat pertanyaan. Peruntukan undang-undang juga disediakan melalui akta-akta seperti Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) dan lain-lain lagi.

14. Adalah juga menjadi tanggungjawab kita selaku ahli masyarakat untuk memastikan bahawa keselamatan setiap wanita dan kanak-kanak perempuan di dalam masyarakat kita sentiasa terpelihara. Ini kerana wanita adalah pemangkin masa hadapan negara. Bak kata pepatah, "tangan yang menghayun buaian mampu untuk menggegarkan satu dunia". Usah biarkan masa depan wanita dan anak bangsa kita menjadi gelap kerana kita tidak prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka. Kadangkala budaya "menjaga tepi kain orang" itu adalah perlu di dalam masyarakat bagi memastikan tidak ada ahli masyarakat kita terutamanya kaum wanita yang dizalimi.

15. Masyarakat juga harus menanam nilai- nilai murni seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin tanpa mengira jantina. Lelaki selaku pelindung perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita. Pembentukan kesefahaman dalam perhubungan dan permuafakatan adalah penting dan ia mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan dikalangan wanita.

16. Kaum lelaki harus sentiasa mengingati tanggungwabnya ke atas kaum wanita, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang perempuan dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta yang mereka miliki." Oleh itu, mereka mestilah menjaga tanggungjawab dan memelihara wanita selaku amanah Allah dengan sebaiknya. Wanita itu mempunyai pelbagai kelebihan dan karomah yang dikurniakan ilahi. Sifat kelembutan mereka adalah agar wanita dan lelaki berkasih sayang dan bukan sebagai tempat melempiaskan api kemarahan.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

17. Tugas menentang keganasan terhadap wanita bukanlah semata-mata dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa sahaja. Dari itu, marilah kita bersama-sama sepakat untuk menghentikan sebarang bentuk keganasan fizikal, seksual mahupun mental terhadap wanita. Saya percaya ianya boleh bermula dengan kesedaran dan pendidikan. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru agar pihak kerajaan, bukan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, rakan-rakan swasta mahupun individu perseorangan untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan penghapusan keganasa terhadap wanita di Malaysia. Sebuah lilin tidak akan menjadi lebih malap dengan menyalakan lilin yang lain. Saya percaya bahawa kempen ini merupakan satu langkah yang positif ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

18. Justeru, cadangan Srikandi Malaysia untuk menerbitkan Majalah WH ataupun Wanita Hebat yang bakal menjadi majalah rasmi kempen ini adalah satu tindakan follow-up yang baik kepada pelancaran kempen ini. Dengan adanya Majalah WH ini, maka informasi tentang kempen ini akan dapat disebarkan dengan lebih meluas lagi. Adalah menajdi harapan saya agar majalah ini akan berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran kelak.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

19. Sebagai akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Srikandi Malaysia, Prihatin Kuala Lumpur dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di atas penganjuran kempen ini. Adalah menjadi harapan saya agar ianya mampu untuk mencapai matlamatnya seiring dengan harapan Setiausaha Agung PBB untuk memastikan bahawa keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia akan dilupuskan suatu hari nanti. Saya percaya bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya usaha dan inisiatif yang berterusan diambil untuk merealisasikan hasrat tersebut.

20. Dengan lafaz kalimah suci Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Kempen "Say No- Unite to End Violence Against Women" peringkat Kebangsaan pada hari ini.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih

Monday, November 5, 2012



INTERNATIONAL Peacekeepers' to Myanmar


PRESS RELEASE
Malaysia International Institute of Islamic Cooperation (IKIAM)
and the Council of ASEAN Islamic NGO Movement


Malaysia International Institute of Islamic Cooperation (IKIAM) and the Council of ASEAN Islamic NGO Movement  feel very sad over the continuous  killing of Rohingya villages in Rakhine, Myanmar  since last July 2012. Thousands of ethnic Rohingya adults, women and children have been brutally murdered, burned together with their villages or lost in the ocean. Hundreds of ethnic Rohingya villages were destroyed. Thousands of homes have been burned and destroyed. Tens of thousands of ethnic Rohingya also suffer from hunger and lack of food and in hiding. Those who still live in Rakhine are now seem to deliver their heads to be cut off by Buddhist extremists and they can only pray for mercy and protection of Allah alone.

Hundreds of thousands of ethnic Rohingya refugees are beginning to roam within Myanmar and other countries, increasing the number of existing numbers in Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Australia, Japan, Saudi Arabia, Kuwait and so on. It is estimated more than two million ethnic Rohingya are now holding international refugees status.

The Government of Myanmar was clearly not able to curb these atrocities and therefore must be more actively pressured to stop the unrest and killings immediately and to provide safety to ethnic Rohingya. But apparently the Rakhine Buddhist extremists are so powerful in their effort to eliminate ethnic Rohingya. Myanmar government's failure to address these issues alone clearly shows a sign of weakness and actually Myanmar government needs the aid of international peacekeeping team. Buddhists around the world also seems to let Buddhist extremists to destroy Rohingya Muslims because there is no direct efforts from them to curb such atrocities.

Analysis by a number of experts in humanitarian aid  as well as by the Humanitarian Studies Centre of the Council of ASEAN Islamic NGO Movement  indicate if the current killing and ethnic Rohingya cleansing activities are not stopped immediately the ethnic Rohingya in Myanmar will be extinct in less than two years. Does the world still want to remain silent on the slaughtering and destruction of this ethnic? Myanmar Prime Minister Thein Sein is responsible for this and he could be brought and prosecuted in the International Court Tribunal for adjudication because there is no conscious effort to correct this grave situation.

As such, IKIAM and the Council of ASEAN Islamic NGO Movement is diplomatically requesting the Secretary-General of the United Nations (UN) together with the Organization of Islamic Conference (OIC) to act quickly in gathering and sending 'INTERNATIONAL Peacekeepers' to Myanmar to help Myanmar government to stop the killing of Rohingya ethnic immediately. We are confident that teams from various countries including Malaysia will help the Government of Myanmar to end the conflict and to effectively implement structured programs to restore livelihoods and economic security of the ethnic Rohingya based on 'humanitarian POLICY' proclaimed today. We expect in the next two weeks the INTERNATIONAL peacekeepers will be able to enter Myanmar and carry out their duties.

Myanmar Government should provide integrated and sustainable solutions that provide the  security and development in the area as well as returning the citizenship rights for the Muslim Rohingya throughout Burma and the refugees now in dozens of countries around the world. The abovementioned process will integrate Muslim Rohingya with the rest of the  people of Myanmar so that they can peacefully live together and contribute to the development of Myanmar.

IKIAM is urging Malaysian, ASEAN and World NGOs to continue pressuring the UN and the OIC for diplomatic solution on Rohingya issue. To the Muslims in Malaysia and the world, let us endeavor, chanting, reciting Yassin and pray to Allah continuously so the Rohingya ethnic misery will cease and they do not disappear off the face of the earth.
 

Statement by:

Malaysia International Institute of Islamic Cooperation (IKIAM)
Dated: 5th November 2012

Mohd Shamsuddin Damin
Secretary
Tel: 019-237 7887

PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA’ ke Myanmar



KENYATAAN MEDIA
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN
merasa amat dukacita dengan pembunuhan dan pemusnahan perkampungan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar yang berterusan sejak Julai 2012 yang lalu.  Ribuan ethnik Rohingya dewasa, perempuan dan kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam, hangus dibakar bersama kampong mereka ataupun hilang  ditelan lautan.  Ratusan kampong ethnik Rohingya telah musnah.  Ribuan rumah telah dibakar dan dimusnahkan.  Puluhan ribu ethnik Rohingya juga sedang mengalami kebuluran dan kekurangan makanan serta bersembunyi.  Mereka yang masih lagi hidup di Rakhine kini seolah-olah menyerahkan kepala mereka untuk dipenggal oleh ekstrimis Buddha dan mereka hanya boleh berdoa memohon rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT sahaja.

Ratusan ribu ethnik Rohingya baru sedang menjadi pelarian di dalam negara Myanmar dan beberapa negara lain, menambah bilangan sedia ada  seperti di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Australia, Jepun, Arab Saudi, Kuwait dan sebagainya.  Dianggarkan lebih dua juta ethnik Rohingya kini telah menjadi pelarian antarabangsa. 

Sewajarnya kerajaan Myanmar yang jelas tidak dapat membendung kekejaman ini mesti lebih giat didesak supaya pergolakan dan pembunuhan dihentikan serta merta dan ethnik Rohingya dilindungi keselamatannya. Namun nampaknya ekstrimis Buddha Rakhine begitu kuat kegiatan mereka mahu menghapuskan ethnik Rohingya. Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu ini secara bersendirian jelas menunjukkan tanda kelemahan kerajaan Myanmar dan sebenarnya memerluan bantuan antarabangsa.  Penganut Buddha seluruh dunia juga nampaknya seolah-olah membiarkan ekstrimis Buddha itu memusnahkan umat Islam kerana tiada lansung usaha membenteras kekejaman itu.

Analisa beberapa pakar bantuan kemanusiaan dan juga Pusat Kajian Bantuan Kemanusiaan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN   menunjukkan sekiranya pembunuhan dan pemusnakan ethnik Rohingya sekarang ini tidak dihentikan serta merta maka ethnik Rohingya di Myanmar akan pupus dalam masa kurang dari dua tahun lagi.  Adakah dunia masih lagi mahu berdiam diri terhadap pembunuhan dan pemusnahan ethnik ini?  Perdana Menteri Myanmar Thein Sein bertanggungjawab terhadap perkara ini dan beliau wajar dibawa dan didakwa di Tribunal Mahkamah Antarabangsa untuk pengadilan kerana tidak ada usaha bersungguh-sungguh membetulkan keadaan yang amat parah ini.
Sehubungan dengan itu IKIAM dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN secara diplomatik memohon Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bersama dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)  bertindak pantas menyusun dan menghantar ‘PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA’ ke Myanmar bagi membantu Myanmar menghentikan pembunuhan dan pemusnahan ethnik Rohingya serta merta.  Kami yakin pasukan daripada pelbagai negara termasuk Malaysia akan dapat membantu kerajaan Myanmar menamatkan konflik dan seterusnya melaksanakan program tersusun memulihkan keselamatan penghidupan dan ekonomi ethnik Rohingya atas ‘DASAR PERIKEMANUSIAAN’ yang dilaung-laungkan masa kini. Kita mengharapkan dalam tempoh dua minggu PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA ini akan dapat memasuki Myanmar dan menjalankan tugas mereka.

Kerajaan Myanmar sewajarnya memberikan penyelesaian bersepadu dan mampan iaitu memberikan hak jaminan keselamatan dan pembangunan di kawasan Muslim Rohingya serta hak kewarganegaraan bagi Muslim Rohingya di seluruh Myanmar dan para pelarian yang kini berada di puluhan negara di seluruh dunia.  Proses tersebut akan mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman bersama menyumbang kepada pembangunan Myanmar.

Seterusnya IKIAM sedang terus berusaha secara diplomatik bagi penyelesaian isu Rohingya ini bersama dengan rakan-rakan NGO Malaysia, ASEAN dan dunia. Kepada umat Islam di Malaysia dan dunia, ama-samalah kita berikhtiar, berzikir, membaca surah Yassin dan berdoa tanpa henti supaya kesengsaraan ethnik Rohingya terbela dan tidak hilang dari muka bumi.


Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  5hb November 2012

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Tel: 019-237 7887