23hb Julai 2014
KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
PBB DIDESAK
MENGHANTAR PASUKAN TENTERA PENGAMAN KE GAZA
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) dan seluruh rakyat
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel serta dukacita dengan
kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang Israel daripada terus mengganas
dengan pengeboman tanpa henti terhadap rumah, masjid, sekolah tempat
perlindungan di bawah pengurusan PBB dan hospital.
Tentera pengganas Israel terang-terang membunuh kanak-kanak, orang tua,
wanita dan pejuang yang mempertahankan tanah air daripada penaklukan berganda. Ada
pemimpin-pemimpin Israel sendiri terang-terang menggalakkan pembunuhan
kanak-kanak dan wanita. Setakat ini hampir
700 orang dibunuh dan 4,000 orang awam cedera serta ratusan bangunan termasuk
yang di bawah jagaan beberapa agensi PBB dimusnahkan oleh tentera pengganas Israel.
Pemusnahan penduduk, harta benda dan
infrastruktur penghidupan GAZA oleh tentera pengganas Israel yang berterusan sejak dua minggu lalu, pada hemat kami adalah
strategi dan tentangan terang-terangan oleh Israel untuk menggagalkan
penyelesaian ‘dua negara’ yang telah diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu oleh kepimpinan
Yasser Arafat dan kini mendapat sokongan komuniti antarabangsa termasuk oleh PBB,
OIC dan Amerika Syarikat sendiri. Pembebasan
dan kewujudan negara Palestin sewajarnya dipercepatkan oleh PBB dan menolak apa
jua alasan Israel untuk menggagalkannya kerana Palestin telah menderita sejak
tahun 1948 lagi apabila PBB dengan desakan Amerika Syarikat dan Britain
memperakui negara baru Israel di atas tanah Palestin yang terusir dan menjadi
pelarian.
Sehubungan
dengan itu, kami menggesa ‘Security Council’ PBB dengan serta merta membuat
resolusi mengwujud dan menghantar Pasukan Pengaman PBB ke Palestin, khususnya di
GAZA bagi memainkan peranan penting memantau supaya tidak ada serangan daripada
Israel dan sebaliknya.
Malaysia
sewajarnya turut serta menyumbang dalam Pasukan Pengaman PBB yang akan dihantar
ke GAZA, Palestin itu. Malaysia
mempunyai pengalaman dalam membantu mewujudkan perdamaian di beberapa negara
ASEAN. Pengalaman ini boleh digunakan
dalam membantu PBB menyelesaikan konflik Israel dan Palestin secara diplomasi
dengan konsep keamanan kekal.
Kenyataan Oleh:
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha (Tel: 016-375 6618)
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)