22hb
Disember 2013
KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis
Gerakan NGO Islam ASEAN
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan
NGO Islam ASEAN
sangat
dukacita dengan peristiwa pengeboman di bandar Padang Besar, Danok dan Sadao,
Selatan Thailand pada hari ini. Kami difahamkan letupan bom telah membunuh
beberapa orang awam dan memusnahkan banyak harta benda serta merencatkan
kegiatan pelancongan, urusan perniagaan dan penghidupan harian di tiga bandar
tersebut.
Bandar-bandar
tersebut memang popular dan dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia sebagai salah
satu destinasi pelancongan ASEAN.
Ketegangan itu juga memberi kesan negatif kepada kelancaran perniagaan,
aktiviti pelancongan dan penghidupan bandar-bandar sempadan sebelah Malaysia seperti
Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.
Atas
semangat ASEAN dan kemanusiaan IKIAM mengecam tindakan keganasan
pengeboman, pembunuhan dan pemusnahan harta
benda yang terancang itu. IKIAM mohon
pihak-pihak yang terlibat menghentikan tindakan kejam dan sangat merugikan tersebut
dan mencari jalan damai melalui kerjasama serta rundingan atas apa sahaja
masalah dan kemarahan yang sedang mereka hadapi.
IKIAM
juga mengucapkan takziah dan bersabar kepada keluarga mangsa-mangsa yang
terbunuh dan tercedera pada hari ini. Kami berdoa semua rakyat Malaysia yang berada
di ketiga-tiga bandar itu sebagai pelancong dan pedagang berada dalam keadaan
selamat sejahtera dan akan kembali ke Malaysia seperti dirancang. Kami yakin kerajaan Thailand akan berjaya
menghentikan keganasan dan keadaan akan
kembali aman seperti biasa dalam masa terdekat.
Kenyataan Oleh:
Dato’ Muhamad Mustaffa Idrus
Timbalan Pengerusi II
Institut Kerjasama Islam
Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 22hb Disember 2013
Untuk maklumat lanjut:-
Mohd Shamsuddin Damin, Setiausaha IKIAM di no.
019-237
No comments:
Post a Comment