KENYATAAN
MEDIA
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) sangat dukacita dengan
usaha dan tindakan berterusan pihak-pihak bukan Islam, khususnya
kumpulan-kumpulan Kristian yang menggunakan kalimah suci ALLAH dalam pengajaran
agama selain dari agama Islam sama ada dalam bentuk penerbitan ataupun
pendidikan. Penggunaan kalimah ALLAH bukan dengan maksud sepertimana dalam
agama Islam adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan sewajarnya dihentikan
serta merta. Mereka bukan Islam yang
menggunakan kalimah ALLAH sebagai merujuk kepada TUHAN dan kemudian
menyekutukannya mesti kita dakwahkan dan perbetulkan. Kita juga mesti tentang
penyebaran pengajaran yang salah itu. Seeloknya mereka itu dapat kita Islamkan.
Dalam
kontaks negara Malaysia ini, dakwaan adanya beberapa kumpulan Kristian
sepertimana yang difahamkan berlaku di Selangor baru-baru ini yang menggunakan
kalimah ALLAH dalam pendidikan dan penyebaran maklumat mereka melalui buku-buku
serta kartun memang amat membimbangkan umat Islam. Kegiatan mereka itu jika tersebar luas
dikuatiri boleh mengelirukan umat Islam.
Apakah matlamat sebenar kumpulan-kumpulan tersebut kerana secara
tradisinya mereka telah menterjemahkan GOD dengan perkataan TUHAN? Adakah
mereka memang mencabar kesabaran umat Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sendiri?
IKIAM menyeru para cendiakawan Islam Liberal
yang menyokong dan memberikan semangat kepada gerakan kumpulan-kumpulan
Kristian ini supaya meneliti kembali pendirian mereka dan balik ke pangkal
jalan. IKIAM berpandangan umat Islam mesti menjaga kalimah suci ALLAH dengan
cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau
penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut
peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan
Oleh:
Dato’ Muhamad Mustaffa Idrus
Timbalan Pengerusi II
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh: 23hb Disember
2013
Untuk maklumat lanjut:-
Mohd Shamsuddin Damin, Setiausaha IKIAM di no. 019-237 7887