KERTAS
CADANGAN
|
CADANGAN
KEPADA KERAJAAN UNTUK MENUBUHKAN
‘JABATAN
POLIS SYARIAH
DI
PDRM’
INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (644854-A)
(Malaysia International Institute of Islamic
Cooperation)
No.34-2, Persiaran Business Centre, Off
Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Telefax:
+603-4031 7943 / +6019-237 7887 /+6019-377 0228
|
1.0 PENGENALAN
INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IKIAM)
merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat
Islam disamping membantu kerajaan dan kepimpinan Negara. Lantas, menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
Islam yang maju dan dihormati diperingkat antarabangsa.
Antara
usaha IKIAM yang sedang berjalan sejak beberapa tahun dahulu adalah melakukan
beberapa kajian strategik ke arah membantu kepimpinan negara dalam membentuk
polisi-polisi proaktif terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat, khususnya
umat Islam.
Salah
satu kajian yang sedang dilaksanakan adalah mengenai usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ke arah meningkatkan keefektifan
Mahkamah Syariah dalam melaksanakan tugas- tugas berkaitan Perundangan
Islam secara khusus dan perlaksanaan Pentadbiran Agama Islam secara amnya di
seluruh negara.
2.0 LATARBELAKANG PERUNDANGAN SYARIAH DAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
Bidang
kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan
Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa
berasingan daripada Mahkamah Sivi, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada
campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.
Kuasa
Mahkamah Syariah adalah di bawah Enekmen Negeri-Negeri.
Ø Mahkakamah Syariah
Ø Mahkamah Tinggi Syariah
Ø Mahkamah Rayuan Syariah
Pentadbiran
Agama Islam pula menjalankan pentadbiran bersangkut dengan umat Islam seperti
urusan Zakat, Baitulmal, Dakwah, Pendidikan, Pengurusan Masjid dan sebagainya
mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.
3.0 USAHA MENAIK TARAF SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH
Kerajaan Persekutuan sedang meneruskan usaha
menaiktaraf Sistem Kehakiman Syariah melalui pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam Mesyuarat
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Antara cadangan tersebut adalah:-
v Menambah hierarki Mahkamah
Syariah kepada lima peringkat iaitu:-
o
Mahkakamah Rendah Syariah
o
Mahkamah Tengah
Syariah
o
Mahkamah Tinggi Syariah
o
Mahkamah Rayuan Syariah
o
Majlis Rayuan
Syariah
v Meningkatkan taraf jawatan dan
emolument hakim-hakim Mahkamah Syariah supaya setaraf dengan Mahkamah Sivil
v Meneliti semula had hukuman
Mahkamah Syariah yang dilihat masih rendah berbanding had hukuman di Mahkamah
Sivil
4.0
PRESTASI MAHKAMAH SYARIAH
Kerajaan berpandangan prestasi Mahkamah Syariah
adalah memuaskan dan selari dengan keperluan umat Islam pada hari ini. Sehubungan dengan itu Kerajaan sedang
berusaha untuk menaik taraf Mahkamah Syariah supaya setanding dengan Mahkamah
Sivil.
Pandangan
umum pula melihat prestasi Mahkamah Syariah adalah kurang memuaskan dan perlu
ditingkatkan prestasinya secepat mungkin bagi memenuhi keperluan umat Islam
hari ini.
Antara perkara yang diharapkan dapat ditingkatkan
prestasinya adalah seperti berikut:-
Ø Proses Perceraian perlu dipercepatkan.
Perkara ini sangat penting kerana pada hari ini
terdapat begitu ramai wanita yang memohon cerai atau telah diceraikan suami
tergantung penghakimannya sehingga bertahun-tahun.
Ø Proses Kuasa Penjagaan Anak perlu dipercepatkan.
Perkara ini juga sangat penting supaya anak-anak
terjaga kebajikan mereka.
Ø Perlaksanaan ‘Pemberian Nafkah Kepada Anak’ perlu
pemantauan pematuhan hukum.
Perkara ini berlaku sangat berleluasa dan biasanya pihak wanita yang diberi kuasa
menjaga anak terpaksa menanggung segala perbelanjaan kerana pihak lelaki
engkar dengan pematuhan hukum untuk memberi nafkah kepada anak-anak serta juga
isterinya semasa edah. Implikasinya pihak wanita terpaksa
melakukan pelbagai pekerjaan berat dan setengahnya sehingga terjerumus ke
lembah pelacuran kerana kegagalan pihak lelaki memberi nafkah seperti yang
telah dihukumkan.
Ø Kes-kes Khalwat atau Perzinaan yang melahirkan anak bebannya hanya
kepada pihak wanita. Selepas penghukuman
pihak lelaki menghilang diri dan lepas tangan.
Malahan pihak umum mahukan beberapa jenayah syariah
dimasukkan dalam perundangan jenayah syariah (pendakwaan, perbicaraan dan penghukuman { konsep takzir} serta memberi
tauladan) secepat mungkin bagi menangani jenayah syariah khusus yang sedang
melanda umat Islam hari ini.
Antara jenayah syariah yang sering diperkatakan
adalah:-
Ø Perzinahan
Ø Perzinahan yang menghasilkan anak
Ø Rogol
Ø Liwat
Ø Penyelewengan Akidah
Ø Perbankan Syariah
5.0 KELEMAHAN YANG PERLU DAN BOLEH DIPERBAIKI SEGERA
Pada hemat kami beberapa kelemahan yang dihadapi oleh
Mahkamah Syariah hari ini boleh diperbaiki melalui inovasi dalam perlaksanaan:-
Ø Penerimaan Aduan
Ø Penangkapan / Kehadiran Orang
Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes
Ø Kaunseling
Ø Pendakwaan
Ø Penghukuman
Ø Pematuhan Hukum oleh pihak-pihak
yang terlibat
Ø Rayuan kepada penghukuman
Kami berpendapat
kelemahan paling ketara dan mesti diatasi segera adalah dalam perkara perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah hari
ini adalah berikut dalam aspek:-
Ø Penangkapan / Kehadiran Orang Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes
Dua aspek tanggungjawab penting dalam menyokong perlaksanaan
perundangan Mahkamah Syariah ini pada dasarnya dipikul oleh Pegawai
Penguatkuasa Jabatan Agama dan
dibantu oleh pihak Polis.
Umum mentafsirkan ‘peranan Polis’ dalam konteks ini
adalah apabila khidmatnya diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama. Ini bermakna Polis tidak dapat memberikan tumpuan khusus dalam konteks menyokong
perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah sepertimana yang diperlukan oleh
Mahkamah Syariah.
Namun ramai berpendapat Pegawai
Penguatkuasa Jabatan Agama di setiap negeri menghadapi kesukaran untuk
melaksanakan tugas dengan efektif kerana beberapa kekurangan atau kelemahan
berikut:-
·
Struktur jawatan yang tidak mantap atau ‘tidak tetap’
·
Kekurangan latihan sebagai ‘Anggota
Penguatkuasa’
·
Kekurangan peralatan, logistik
dan anggota untuk pengintipan serta penangkapan
·
Kekurangan peralatan untuk siasatan kes-kes yang melibatkan analisa
bahan bukti dan juga ‘kemestian memenuhi garis panduan syariah’
·
Kekurangan jumlah ‘pakar
siasatan’
6.0 CADANGAN
PENUBUHAN JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) setelah meneliti
perkara-perkara tersebut di atas
sukacita mencadangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap
perjalanan Mahkamah Syariah supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan berikut:-
v Kerajaan menubuhkan sebuah JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM (Polis Di Raja Malaysia).
v Singkatan yang dicadang adalah JPS-99.
v Matlamat penubuhan Jabatan Polis Syariah Di PDRM ini
adalah bagi menguatkan peranan Polis
dalam membantu Penguatkuasa Jabatan Agama negeri-negeri melaksanakan
keperluan perjalanan Mahkamah Syariah masing-masing.
v JPS-99 sewajarnya diketuai oleh
seorang Komander Muslim Berpangkat Deputi Inspektor General Polis atau yang
sesuai.
v Pada awal pelancaran JPS-99 akan dianggotai oleh anggota fasa pertama seramai 99 orang berbagai
pangkat yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran sesuai dan terlatih
dalam perkara perundangan syariah.
v Pelancaran JPS-99 wajar dibuat oleh Kerajaan Persekutuan secepat
mungkin sebagai bukti komitmen tinggi
Kerajaan Persekutuan terhadap usaha berterusan mempertingkatkan perlaksanaan
perundangan syariah di Malaysia.
v Fasa pengembangan pula terserah kepada keperluan yang
telah dikenalpasti dengan terperinci.
7.0 PENGUKUHAN
UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DENGAN ADANYA
JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM
Kami yakin
dengan adanya Jabatan Polis Syariah Syarikah DI PDRM (JPS-99) maka bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang
diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia boleh terus ditingkatkan lagi.
Beberapa
jenayah syariah yang kini belum
dikendalikan oleh Mahkamah Syariah dan sangat diharapkan oleh umat Islam supaya
perundangannya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah boleh ditambahkan setelah
adanya ‘kekuatan penyiasatan’ yang dipelopori oleh JPS-99 itu.
8.0 KEYAKINAN DAN
KESIMPULAN
Kami yakin cadangan ini sekiranya diterima pakai dan diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini maka keyakinan rakyat terhadap Kerajaan, khususnya dikalangan orang Melayu Islam akan meningkat.
Ini kerana jelas pada mereka Kerajaan adalah ikhlas untuk meningkatkan syiar dan martabat Perundangan Syariah di Malaysia dan peringkat dunia secara berterusan dan berhikmah.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas pandangan dan nasihat pelbagai pihak ke atas cadangan ini, termasuk khususnya kepada Encik Bahasan Bin Yusof.
Untuk Maklumat Lanjut:-
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut
Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia
Tel: 019-237 7887
No comments:
Post a Comment