Friday, July 20, 2012

Persidangan Antarabangsa Berhubung Krisis Umat Islam Rohingya Myanmar, Akan Diadakan 14 Ogos 2012 Di Kuala Lumpur


Krisis Rohingya: NGO Rancang Adakan Persidangan ASEAN Cari Jalan Penyelesaian

July 19, 2012

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) - - Satu persidangan antarabangsa berhubung krisis keganasan terhadap umat Islam Rohingya di wilayah Arakan, Myanmar, akan diadakan 14 Ogos ini dalam usaha mencari jalan penyelesaian melibatkan anggota negara-negara Asean.

Presiden Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata lokasi persidangan itu akan ditetapkan tidak lama lagi dan dijangka akan dihadiri pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam rantau ini.

"Tujuan persidangan antara lain adalah mewujudkan gabungan besar yang boleh bersuara dan membantu umat Islam Rohingya dari segi bekalan dan sumbangan keperluan asas dan harian.

"Walaupun krisis keganasan ini telah wujud sejak sekian lama namun tiada kuasa atau suara besar yang mampu menjayakan misi bantuan kemanusiaan ke kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata persidangan itu juga diharap sekurang-kurangnya dapat membantu umat Islam Rohingya keluar dari kepompong penindasan dan keganasan selain memberi sinar keamanan dan harapan untuk kehidupan yang lebih baik.

Penasihat Kehormat Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia, Datuk Seri Dr Jalil Siam berkata persidangan ini diharap menjadi titik permulaan untuk segala proses keamanan termasuk membincangkan segala masalah dan cabaran dalam mewujudkan misi bantuan sebuah gabungan Asean ke kawasan bergolak.

--BERNAMA

Dijemput NGO menyertai Persidangan penting ini.

Sila kemukakan persetujuan ke:-
ikiam_org@ymail.com

Mohd Shamsuddin Damin -- Tel: 019-237 7887
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (IKIAM)

Saudara Abd Jalil Nasir -- Tel: 013-512 1003
Setiausaha Agong
Dewan Perdagangan Dan Perindustrian Muslim Malaysia 

 Helmi Ibrahim -- Tel:- 016-366 8948
Pengarah 
Pusat Kajian Dan Pembangunan Kemanusiaan Rohingya - Malaysia
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)

n         





No comments:

Post a Comment