IKIAM BERJAYA ANJUR
PERSIDANGAN ANTARABANGSA NGO ISLAM ASEAN & OIC 2018
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Persidangan Antarabangsa NGO Islam ASEAN & OIC 2018 yang menjurus kepada Memperkukuh Misi Kemanusiaan dan Membina Jaringan Program Sosio-Ekonomi pada 13-14hb Mac 2018, bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Sokongan padu YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kepada IKIAM untuk menganjurkan Persidangan yang berprestig itu sangat-sangat kami hargai dan ucapkan jutaan terima kasih.
Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Perasmian Penutupan pula telah dilaksanakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji.
Sepanjang dua hari YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi IKIAM telah bertemu,
bersalaman dan berinteraksi dengan para peserta Persidangan yang berjumlah lebih 350 orang dari pelbagai Negara Islam ASEAN & OIC. Itulah cetusan silaturrohin yang lahir dari usaha IKIAM menggerakkan kerjasama dengan pelbagai NGO Islam ASEAN dan OIC.
Pengarah Program YBhg. Datuk Abdul Aziz Ismail dan lebih 30 orang Sukarelawan IKAIM telah bertungkus lumus tenaga dan fikiran dalam menjayakan Persidangan tersebut.
Semasa Majlis Perasmian Persidangan, seramai hampir 600 tetamu jemputan dan Peserta telah memenuhi Dewan Ballroom Hotel Premiera. Sokongan padu pelbagai pihak itu adalah satu kenangan manis dan kebanggaan kepada IKIAM.
Semasa Persidangan berlansung para peserta dilihat aktif berinteraksi antara satu sama lain. Persidangan ini berjaya mengukuhkan rangkaian NGO-NGO Islam di ASEAN dan OIC serta menyemai inspirasi untuk bekerjasama dan membina jaringan global untuk mempertingkatkan khidmat mereka di negara masing-masing.
Liputan akhbar dan TV juga meluas dan IKIAM menerima ucapan TAHNIAH daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.
Program dus hari ini sangat padat dan efektif:-
1. Pembentangan & Forum Ekonomi dan Pendidikan
2. Majlis Makan Malam dan Forum TN50 - Suara Belia Islam Hari Ini
3. Pembentangan & Forum Keselamatan
4. Pembentangan & Forum Bantuan Kemanusiaan - Rohingya
5. Pelancaran TABUNG EKONOMI ASEAN
6. Anugerah TOKOH PEJUANG ISLAM ASEAN Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
7. Pelancaran LOGO PRODUK UMMAH
8. Pelancaran PROGRAM PELANCONGAN ISLAM ASEAN
Pada hemat kami Program Persidangan Antarabangsa strategik ini membuktikan IKIAM mampu untuk melaksanakan agenda NGO bertaraf ASEAN dan OIC. Justru IKIAM boleh mengurus program tambahan kepada program yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan di peringkat ASEAN
dan OIC.
Sekian, terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha