Monday, November 5, 2012

PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA’ ke Myanmar



KENYATAAN MEDIA
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN


Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN
merasa amat dukacita dengan pembunuhan dan pemusnahan perkampungan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar yang berterusan sejak Julai 2012 yang lalu.  Ribuan ethnik Rohingya dewasa, perempuan dan kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam, hangus dibakar bersama kampong mereka ataupun hilang  ditelan lautan.  Ratusan kampong ethnik Rohingya telah musnah.  Ribuan rumah telah dibakar dan dimusnahkan.  Puluhan ribu ethnik Rohingya juga sedang mengalami kebuluran dan kekurangan makanan serta bersembunyi.  Mereka yang masih lagi hidup di Rakhine kini seolah-olah menyerahkan kepala mereka untuk dipenggal oleh ekstrimis Buddha dan mereka hanya boleh berdoa memohon rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT sahaja.

Ratusan ribu ethnik Rohingya baru sedang menjadi pelarian di dalam negara Myanmar dan beberapa negara lain, menambah bilangan sedia ada  seperti di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Australia, Jepun, Arab Saudi, Kuwait dan sebagainya.  Dianggarkan lebih dua juta ethnik Rohingya kini telah menjadi pelarian antarabangsa. 

Sewajarnya kerajaan Myanmar yang jelas tidak dapat membendung kekejaman ini mesti lebih giat didesak supaya pergolakan dan pembunuhan dihentikan serta merta dan ethnik Rohingya dilindungi keselamatannya. Namun nampaknya ekstrimis Buddha Rakhine begitu kuat kegiatan mereka mahu menghapuskan ethnik Rohingya. Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu ini secara bersendirian jelas menunjukkan tanda kelemahan kerajaan Myanmar dan sebenarnya memerluan bantuan antarabangsa.  Penganut Buddha seluruh dunia juga nampaknya seolah-olah membiarkan ekstrimis Buddha itu memusnahkan umat Islam kerana tiada lansung usaha membenteras kekejaman itu.

Analisa beberapa pakar bantuan kemanusiaan dan juga Pusat Kajian Bantuan Kemanusiaan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN   menunjukkan sekiranya pembunuhan dan pemusnakan ethnik Rohingya sekarang ini tidak dihentikan serta merta maka ethnik Rohingya di Myanmar akan pupus dalam masa kurang dari dua tahun lagi.  Adakah dunia masih lagi mahu berdiam diri terhadap pembunuhan dan pemusnahan ethnik ini?  Perdana Menteri Myanmar Thein Sein bertanggungjawab terhadap perkara ini dan beliau wajar dibawa dan didakwa di Tribunal Mahkamah Antarabangsa untuk pengadilan kerana tidak ada usaha bersungguh-sungguh membetulkan keadaan yang amat parah ini.
Sehubungan dengan itu IKIAM dan Majlis Gerakan NGO Islam ASEAN secara diplomatik memohon Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bersama dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)  bertindak pantas menyusun dan menghantar ‘PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA’ ke Myanmar bagi membantu Myanmar menghentikan pembunuhan dan pemusnahan ethnik Rohingya serta merta.  Kami yakin pasukan daripada pelbagai negara termasuk Malaysia akan dapat membantu kerajaan Myanmar menamatkan konflik dan seterusnya melaksanakan program tersusun memulihkan keselamatan penghidupan dan ekonomi ethnik Rohingya atas ‘DASAR PERIKEMANUSIAAN’ yang dilaung-laungkan masa kini. Kita mengharapkan dalam tempoh dua minggu PASUKAN PENGAMAN ANTARABANGSA ini akan dapat memasuki Myanmar dan menjalankan tugas mereka.

Kerajaan Myanmar sewajarnya memberikan penyelesaian bersepadu dan mampan iaitu memberikan hak jaminan keselamatan dan pembangunan di kawasan Muslim Rohingya serta hak kewarganegaraan bagi Muslim Rohingya di seluruh Myanmar dan para pelarian yang kini berada di puluhan negara di seluruh dunia.  Proses tersebut akan mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat Myanmar untuk mereka hidup aman bersama menyumbang kepada pembangunan Myanmar.

Seterusnya IKIAM sedang terus berusaha secara diplomatik bagi penyelesaian isu Rohingya ini bersama dengan rakan-rakan NGO Malaysia, ASEAN dan dunia. Kepada umat Islam di Malaysia dan dunia, ama-samalah kita berikhtiar, berzikir, membaca surah Yassin dan berdoa tanpa henti supaya kesengsaraan ethnik Rohingya terbela dan tidak hilang dari muka bumi.


Kenyataan Oleh:

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
Bertarikh:  5hb November 2012

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Tel: 019-237 7887

No comments:

Post a Comment