KENYATAAN MEDIA
7 Disember 2017
Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat
dukacita mendengar kenyataan President Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan
mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel. IKIAM melihat tindakan tersebut sebagai ‘menghapuskan
hak umat Islam sebagai pemilik dan pentadbir Baitulmaqdis yang merupakan salah
sebuah kota suci Islam. Tindakan tersebut difahamkan akan dituruti dengan
pemusnahan Masjid Al-Aqsa.
Sehubungan dengan itu IKIAM mengecam dan menentang kenyataan
Amerika Syarikat dan Israel itu.
Kita juga menyokong penuh usaha YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membawa mesej kecaman dan penentangan di
mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
IKIAM sebagai NGO sangat berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United
Nations) mengecam dan meminta Israel dan Amerika Syarikat membatalkan
tindakan mereka demi keamanan dunia.
IKIAM juga sedang membawa mesej kecaman
dan penentangan ini kepada NGO-NGO di seluruh dunia. Program #SelamatkanBaitulmaqdis
(#SaveBaitulmaqdis) akan dipergiatkan lagi.
Namun kita maklum bahawa hanya Allah
Azza Wajalla sahaja yang berkuasa menjaga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sepertimana
sejarah Allah Azza Wajalla menjaga Kaabah semasa mahu diserang oleh Abrahah. Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan
membaca surah Al-Fil dalam usaha mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid
Al-Aqsa.
Sekian, terima kasih.
Mohd Shamsuddin
Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM)
(Malaysia
International Institute of Islamic Cooperation)
Tel/WhatsApp: +60182932387 Email: ikiam.urus@gmail.com
Website: http:\\ikiam.blogspot.com