Thursday, December 7, 2017

IKIAM Mengecam dan Menentang Kenyataan Baitulmaqdis Sebagai Ibunegara Israel Oleh USA dan Israel



KENYATAAN MEDIA
7 Disember 2017

Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita mendengar kenyataan President Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.  IKIAM melihat tindakan tersebut sebagai ‘menghapuskan hak umat Islam sebagai pemilik dan pentadbir Baitulmaqdis yang merupakan salah sebuah kota suci Islam. Tindakan tersebut difahamkan akan dituruti dengan pemusnahan Masjid Al-Aqsa.

Sehubungan dengan itu IKIAM mengecam dan menentang kenyataan Amerika Syarikat dan Israel itu.  Kita juga menyokong penuh usaha YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membawa mesej kecaman dan penentangan di mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).  

IKIAM sebagai NGO sangat berharap  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) mengecam dan meminta Israel dan Amerika Syarikat membatalkan tindakan mereka demi keamanan dunia. 

IKIAM juga sedang membawa mesej kecaman dan penentangan ini kepada NGO-NGO di seluruh dunia.  Program #SelamatkanBaitulmaqdis (#SaveBaitulmaqdis) akan dipergiatkan lagi.  Namun kita maklum bahawa hanya Allah Azza Wajalla sahaja yang berkuasa menjaga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sepertimana sejarah Allah Azza Wajalla menjaga Kaabah semasa mahu diserang oleh Abrahah.  Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan membaca surah Al-Fil dalam usaha mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
Tel/WhatsApp:  +60182932387            Email:  ikiam.urus@gmail.com
Website:  http:\\ikiam.blogspot.com

Tuesday, June 20, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H






Pengerusi dan Jawatankuasa  Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua aktivis IKIAM dan keluarga masing-masing di seluruh negara dan antarabangsa. 

Ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga kepada semua rakan kongsi dan para penyumbang kepada kegiatan IKIAM. 

Disamping itu, doakan juga mudah-mudahan umat Rohingya yang sedang kesusahan diberikan kelapangan dan rezeki dalam menyambut Aidilfitri Al-Kareem ini.

Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing bertemu dengan keluarga tersayang.  Pandulah dengan cermat semasa dalam perjalanan dan sertai dengan Selawat & Salam Kepada Rasulullah SAW serta zikir pilihan.

Mudah-mudahan Idilfitri Al-Kareem ini mengukuhkan lagi  hubungan silaturrohim kita semua dan mendapat rahmat, rezeki melimpah ruah dan kasih Allah Azzawajalla di dunia dan di akhirat.

Begitu juga harapan kita seterusnya dipermudahkan oleh Allah Azza Wajalla dalam melaksanakan kegiatan IKIAM selepas sambutan Aidilfitri ini.