HARFIYYAH
SURAH AL-WAQI’AH
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam
Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal
Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang
hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang
kafir.
Diterangkan pula penciptaan manusia,
tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari
berbangkit.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah
Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah SAW : “Siapa membaca surah
Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan
selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah SAW : “Ajarkanlah surah
Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang
membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran
dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka
bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa
membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak
40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa
kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa
khasiat yang diterangkan oleh para ulama, antara lain:
*
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
*
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu
akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
*
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), InsyaAllahdi
tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
*
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak
3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun
(atau beberapa tahun secara beransur) itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang
hartawan lagi dermawan.
*
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di
permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,
diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang
hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca
disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:-
*
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7
hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak
memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya
makan sayur-sayuran sahaja.
*
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25
kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari
Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu
Isya’ pada Jumaat berikutnya.
*
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125
kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah,
dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Makluman Penyusun
Saya mencadangkan kita semua membaca surah Al-Waqiah setiap hari. Bilangannya sedaya kita. Ajarkan dan galakkan anak-anak kita untuk menghafaz dan mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah.
Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan murah rezeki kepada kita serta keluarga dalam pelbagai bentuk rezeki. Ini termasuk kesejahteraan dan meningkatnya perekonomian umat Islam. Aamin.
Saya menyarankan bagi menambahkan lagi ilmu dan khususnya
amalan membaca Surah Al-Waqi’ah bagi hajat khusus para membaca membuat rujukan kepada pakar-pakar, ulama-ulama
dan bijak bistari yang anda kenali.
Saya memohon maaf sekira ada salah dan silap serta
kelemahan ilmu mahupun cara dalam usaha ini. Hubungi
saya sebarang kesilapan supaya dapat diperbaiki di masa hadapan.
Sebarluaskanlah ilmu dan amalan yang disarankan
oleh Rasulullah SAW ini kepada semua. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah SWT
dengan kejayaan di dunia serta di akhirat.
Terima kasih kepada Ustaz Zaki Mastam yang turut mengkaji dan membuat ringkasan mengenai Harfiyyah Surah Al-Waqiah.
Mohd Shamsuddin Damin
Tel: 0016-375 6618