Tuesday, June 4, 2013

SEMINAR TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA ISLAM




SEMINAR TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA – PERNIAGAAN, KEUSAHAWANAN DAN INOVASI SEBAGAI KERJAYA DAN IBADAH SERTA PELANCARAN DANA AT-TIJARAH
-----------------------------------------------------------------------------------------

1.       PENGENALAN

INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IKIAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan  sosio-ekonomi masyarakat Islam disamping membantu kerajaan dan kepimpinan Negara. Lantas,  menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan dihormati diperingkat antarabangsa.

Usaha IKIAM adalah untuk membimbing para graduan atau siswazah berjurusan Agama menceburi diri dalam kerjaya pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, perdagangan  atau bidang keusahawanan dan inovasi. Ini membolehkan para graduan atau siswazah jurusan Agama meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dalam penghidupan dan pembangunan ekonomi keluarga mereka serta hubungan positif dengan masyarakat.


2.       MATLAMAT PROGRAM

i.         Membantu dan membimbing graduan jurusan Agama ini untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat mereka kearah bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan membangunkan Negara ini.  Ini akan digerakkan oleh Pusat Pembangunan Usahawan dan Inovasi IKIAM.

ii.       Melancarkan dana yang dinamakan DANA AT-TIJARAH dan akan menjadi sumber kewangan dan sebagai modal asas dalam membantu graduan jurusan agama ini memulakan latihan kemahiran perniagaan dan berinovasi.

iii.      Memperluaskan peranan graduan untuk terlibat dalam aktiviti halal Negara disamping mencari peluang di ASEAN, Timur Tengah dan diperingkat antarabangsa melalui sumber kewangan asas dana ini serta bantuan penyertaan dalam rangkaian yang sedang dibina oleh kerajaan melalui pelbagai agensi khusus.

iv.     Menyediakan Sekretariat Pengurusan Kerjaya graduan jurusan Agama ini dalam mencari peluang pekerjaan dan menjaga kebajikan graduan ini disamping membuat kajian dan mengadakan program latihan pembangunan kerjaya.

v.       Dana ini juga akan dapat membantu graduan agama ini menjalankan program kemasyarakatan bersama dengan kepimpinan kerajaan yang sedia ada.


3.       GERAK KERJA PROGRAM

Program ini adalah satu usahasama IKIAM dengan Persatuan Alumni universiti-universiti dan rangkaian NGO Islam dalam menjalankan kerjasama yang sewajarnya diantara graduan jurusan Agama dan graduan jurusan bidang lain untuk bersama-sama mencari peluang kerjaya dan juga keusahawanan serta inovasi yang disediakan oleh kerajaan disamping membantu dan menjayakan usaha-usaha kerajaan.


Program ini akan melatih graduan jurusan ini supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat tentang peranan dan usaha murni kerajaan membantu Islam di Negara ini melalui dakwah, sosio ekonomi dan politik.


4.            PELUANG KEUSAHAWANAN
a)      Pertanian (Halal Organik)
b)      Perternakan dan Perikanan
c)       Halal Mart (Peruncitan dan Pemborong barangan halal)
d)      Makanan dan Minuman Halal
e)      Halal Kiosk
f)       Akademi Al-Quran dan Sunnah
g)      Program Latihan dan Modal Insan untuk masyarakat Islam di Negara ini dan Asia Tenggara
h)      Projek Kewangan Islam (Kredit Kad/Debit Kad)
i)        Kelab Usahawan dan Inovasi IKIAM
i.         Institusi Pengajian Tinggi / Sekolah
ii.       Institusi Agama / Pengajian Pondok
j)        Aktiviti berteraskan perniagaan pemikiran dan inovasi IKIAM
k)      Mengeluarkan dokumentari dan Filem Animasi Islam
l)        Usahawan Masjid 1 Malaysia.
m)    Tadika Islam
n)      Umrah dan Haji serta Perlancongan
o)      Lain yang bersesuaian dan berpotensi


5.       PESERTA SEMINAR

Program ini akan dihadiri anggaran antara 400 ke 500 orang peserta yang terdiri daripada:-

v  Graduan Pengajian Islam
v  Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO)
v  Wakil Sekolah Agama (Institusi Pondok)
v  Biro Agama UMNO
v  Wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta
v  Alumni Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta.


6.       TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh    :               5-6hb Julai 2013
Tempat  :               Kuala Lumpur International Hotel


7.       PERASMIAN

IKIAM telah menjemput YAB Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tertakluk kepada jadual YAB Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan program ini.


8.       KEWANGAN

i.         Mendapatkan sumber kewangan melalui penajaan daripada agensi kerajaan dan juga badan koporat, bank tempatan serta individu yang ingin menyumbang.

ii.       Mengadakan pameran-pameran yang berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan koporat secara berterusan.

iii.      Memohon geran daripada kerajaan bagi mengisi Dana At-Tijarah.


9.       PENUTUP

Program strategik berterusan jangka panjang ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan bantuan pelbagai pihak terutamanya sebagai program tambahan kepada program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Program ini juga ditumpukan kepada NGO terutamanya untuk meningkatkan syiar, ekonomi dan martabat agama Islam disamping membantu kerajaan.

Program ini juga akan berusaha membantu masyarakat Islam yang lebih sederhana dengan mengutamakan kekuatan dakwah dan ekonomi serta inovasi daripada berkonfrontasi.



















LAMPIRAN 1.

Nama Program:                PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA:  PERNIAGAAN, KEUSAHAWANAN DAN INOVASI SEBAGAI KERJAYA DAN IBADAH

POTENSI MEMBANGUN KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN PATUH SYARIAH
Tarikh:                                  5 - 6hb Julai 2013
Masa:                                    8.00 am – 4.30 pm
Tempat:                               Kuala Lumpur International Hotel
Aturcara Program

5hb Julai 2013


2.00 pm – 4.30 pm
Ketibaan Peserta dan Pendaftaran serta Minum Petang

4.30 pm – 4.45 pm
Solat Asar Berjemaah

4.45 pm – 5.15 pm
Taklimat Program

5.15 pm – 7.00 pm
Lawatan Pemerhatian dan Kajian Peluang Perniagaan Halal

7.15 pm – 7.30 pm
Solat Magrib Berjemaah

7.30 pm – 8.30 pm
Makan Malam

8.30 pm – 8.45 pm
Solat Isyak Berjemaah

8.45 pm – 11.00 pm
Bengkel  1:  Menimba Ilmu Perniagaan Dari Usahawan Jaya

Moderator:  Fakhrul Azman Abu Bakar - IKIAM
Ahli-Ahli Panel:  3 Orang Usahawan Jaya
11.00 pm
Minum dan Rehat




6hb Julai 2013  (Hari Ke-2)
05.30am – 08.30am
Solat Subuh Berjemaah Dan Tazkirah
Riadah
Sarapan Pagi
8.30 am – 10.30 am
Bengkel 2:  Potensi Transformasi Graduan Agama Sebagai Usahawan &    Inovator Perniagaan Patuh Syariah Yang Terlatih dan Inovatif
Moderator:  Mohd Shamsuddin Damin – IKIAM
Ahli-Ahli Panel:  JAKIM,  Bank Rakyat, UiTM, USIM, Usahawan Jaya
10.30 am  –11.00 am
Minum Pagi
11.00 am  –1.00 am
Bengkel 3:  Peluang Bantuan Pembiayaan
Moderator:  Zulkifli Md. Ali – IKIAM
Ahli-Ahli Panel:  Agro Bank, SME Bank. TEKUN, Pusat Zakat, PUNB
ohd Shamsuddin Damin serta inovasi

1.00 pm – 2.00 pm
Makan Tengahari
Persembahan Nashid & Selawat – Solat Zohur
2.15 pm – 2.30 pm
Ketibaan Tetamu Khas
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Peserta dan Tetamu Bersedia Untuk Majlis Perasmian
2.30 pm – 2.45 pm
Ucapan Aluan oleh
YB. Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi IKIAM
2.45 pm – 3.30 pm
Ucapan Perasmian Oleh
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Pelancaran Buku ‘Inovasi Dalam Perspektif Islam’ Terbitan IKIAM
Oleh
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
3.30 pm – 4.30 pm
Sidang Akhbar
Jamuan Petang
4.30 pm
Bersurai