Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM), sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan
sosio-ekonomi masyarakat Islam akan menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA - Perniagaan, Keusahawanan Dan Inovasi Sebagai Kerjaya Dan Ibadah serta
Pelancaran Dana At-Tijarah khusus untuk memberi peluang kepada para
graduan mendapat bimbingan, latihan dan seterusnya menceburi dalam bidang
keusahawanan dan perniagaan serta inovasi.
Program pembangunan
ekonomi ummah berteraskan keusahawanan dan inovasi secara berterusan ini akan diadakan
pada 15hb – 17hb Februari 2013 di UiTM Shah Alam, Selangor dan
dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin
Mohd Yassin.
Sehubungan
dengan itu IKIAM sukacita menjemput mereka yang berminat dan memenuhi kriteria
berikut untuk mendaftar bagi menyertai program strategik bersepadu ini.
Ø
Lepasan
jurusan Agama Islam
Ø
Berumur
antara 17 – 45 tahun
Ø
Mempunyai
cita-cita serta kesungguhan untuk menjadi usahawan atau sudah bermula
Ø
Bersikap
positif dan mahu menyelami dunia perniagaan serta inovasi
Ø
Sabar
untuk menimba ilmu perniagaan serta bimbingan berterusan ‘Cipta Niaga Halal’
Ø
Gigih
membina rangkaian perniagaan
Ø
Bersedia
menyumbang kepada masyarakat untuk sama berjaya di dunia dan akhirat
Ø
Penyertaan
adalah percuma
Sila penuhkan
borang penyertaan di bawah.
Nama: No. K/P :
Alamat: No.
Telefon:
No.
Fax:
Kelulusan: No.
E-Mail:
Bidang
Keusahawanan / Inovasi Diminati:
Kirimkan kepada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM) di alamat No. 34-2, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang Barat,
Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur.
No. telefax: 03-4031 7943. No. telefon: 019-237 7887 atau E-mailkan maklumat kepada: ikiam.urus @gmail.com.
Kunjungi juga blog kami di http://ikiam.blogspot.com.