Monday, March 16, 2015

Mari Kita Amalan Membaca Surah Al-Waqiah



HARFIYYAH SURAH AL-WAQI’AH


Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.

Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.

Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat yang diterangkan oleh para ulama, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia    dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), InsyaAllahdi tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.


* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’.  InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun (atau beberapa tahun secara beransur)  itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.



Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:-

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


Makluman Penyusun

Saya mencadangkan kita semua membaca surah Al-Waqiah setiap hari.  Bilangannya sedaya kita.  Ajarkan dan galakkan anak-anak kita untuk menghafaz dan mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah.  

Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan murah  rezeki kepada kita serta keluarga dalam pelbagai bentuk rezeki.  Ini termasuk kesejahteraan dan meningkatnya perekonomian umat Islam.   Aamin.
Saya menyarankan bagi menambahkan lagi ilmu dan khususnya amalan membaca Surah Al-Waqi’ah bagi hajat khusus para membaca membuat rujukan kepada pakar-pakar, ulama-ulama dan bijak bistari yang anda kenali.

Saya memohon maaf sekira ada salah dan silap serta kelemahan ilmu mahupun cara dalam usaha ini.  Hubungi saya sebarang kesilapan supaya dapat diperbaiki di masa hadapan.

Sebarluaskanlah ilmu dan amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW  ini kepada semua.  Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah SWT dengan kejayaan di dunia serta di akhirat.

 Terima kasih kepada Ustaz Zaki Mastam yang turut mengkaji dan membuat ringkasan mengenai Harfiyyah Surah Al-Waqiah.

Mohd Shamsuddin Damin
Tel: 0016-375 6618

1 comment:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    ReplyDelete