Monday, September 23, 2013

Cadangan Penubuhan Jabatan Polis Syariah Di PDRM: Perjuangan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dan IKIAM









                KERTAS CADANGAN

 




CADANGAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MENUBUHKAN 

‘JABATAN POLIS SYARIAH
DI PDRM’





INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (644854-A)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)
No.34-2, Persiaran Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Telefax: +603-4031 7943     /    +6019-237 7887   /+6019-377 0228
 


1.0    PENGENALAN


INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IKIAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan  sosio-ekonomi masyarakat Islam disamping membantu kerajaan dan kepimpinan Negara. Lantas,  menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan dihormati diperingkat antarabangsa.

Antara usaha IKIAM yang sedang berjalan sejak beberapa tahun dahulu adalah melakukan beberapa kajian strategik ke arah membantu kepimpinan negara dalam membentuk polisi-polisi proaktif terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat, khususnya umat Islam.

Salah satu kajian yang sedang dilaksanakan adalah mengenai usaha-usaha yang boleh dilaksanakan ke arah meningkatkan keefektifan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan tugas- tugas berkaitan Perundangan Islam secara khusus dan perlaksanaan Pentadbiran Agama Islam secara amnya di seluruh negara. 


2.0    LATARBELAKANG PERUNDANGAN SYARIAH DAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia.  Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada Mahkamah Sivi, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. 

Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah Enekmen Negeri-Negeri.

Ø Mahkakamah  Syariah
Ø Mahkamah Tinggi Syariah
Ø Mahkamah Rayuan Syariah

Pentadbiran Agama Islam pula menjalankan pentadbiran bersangkut dengan umat Islam seperti urusan Zakat, Baitulmal, Dakwah, Pendidikan, Pengurusan Masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.


3.0    USAHA MENAIK TARAF SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH

Kerajaan Persekutuan sedang meneruskan usaha menaiktaraf Sistem Kehakiman Syariah melalui pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah  Syariah di Malaysia dalam Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Antara cadangan tersebut adalah:-

v Menambah hierarki Mahkamah Syariah kepada lima peringkat iaitu:-    

o   Mahkakamah  Rendah Syariah
o   Mahkamah Tengah Syariah
o   Mahkamah Tinggi Syariah
o   Mahkamah Rayuan Syariah
o   Majlis Rayuan Syariah

v Meningkatkan taraf jawatan dan emolument hakim-hakim Mahkamah Syariah supaya setaraf dengan Mahkamah Sivil

v Meneliti semula had hukuman Mahkamah Syariah yang dilihat masih rendah berbanding had hukuman di Mahkamah Sivil




4.0  PRESTASI MAHKAMAH SYARIAH

  Kerajaan berpandangan prestasi Mahkamah Syariah adalah memuaskan dan selari dengan keperluan umat Islam pada hari ini.  Sehubungan dengan itu Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf Mahkamah Syariah supaya setanding dengan Mahkamah Sivil.
                                                                     
Pandangan umum pula melihat prestasi Mahkamah Syariah adalah kurang memuaskan dan perlu ditingkatkan prestasinya secepat mungkin bagi memenuhi keperluan umat Islam hari ini. 

Antara perkara yang diharapkan dapat ditingkatkan prestasinya adalah seperti berikut:-

Ø Proses Perceraian perlu dipercepatkan.
Perkara ini sangat penting kerana pada hari ini terdapat begitu ramai wanita yang memohon cerai atau telah diceraikan suami tergantung penghakimannya sehingga bertahun-tahun.

Ø Proses Kuasa Penjagaan Anak perlu dipercepatkan.
Perkara ini juga sangat penting supaya anak-anak terjaga kebajikan mereka.

Ø Perlaksanaan ‘Pemberian Nafkah Kepada Anak’ perlu pemantauan pematuhan hukum.
Perkara ini berlaku sangat berleluasa dan biasanya pihak wanita yang diberi kuasa menjaga anak terpaksa menanggung segala perbelanjaan kerana pihak lelaki engkar dengan pematuhan hukum untuk memberi nafkah kepada anak-anak serta juga isterinya semasa edah.  Implikasinya pihak wanita terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan berat dan setengahnya sehingga terjerumus ke lembah pelacuran kerana kegagalan pihak lelaki memberi nafkah seperti yang telah dihukumkan.

Ø Kes-kes Khalwat atau Perzinaan yang melahirkan anak bebannya hanya kepada pihak wanita.  Selepas penghukuman pihak lelaki menghilang diri dan lepas tangan.

Malahan pihak umum mahukan beberapa jenayah syariah dimasukkan dalam perundangan jenayah syariah (pendakwaan, perbicaraan dan penghukuman { konsep takzir} serta memberi tauladan) secepat mungkin bagi menangani jenayah syariah khusus yang sedang melanda umat Islam hari ini.

Antara jenayah syariah yang sering diperkatakan adalah:-

Ø Perzinahan
Ø Perzinahan yang menghasilkan anak
Ø Rogol
Ø Liwat
Ø Penyelewengan Akidah
Ø Perbankan Syariah


5.0        KELEMAHAN YANG PERLU DAN BOLEH  DIPERBAIKI SEGERA

Pada hemat kami beberapa kelemahan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah hari ini boleh diperbaiki melalui inovasi dalam perlaksanaan:-

Ø Penerimaan Aduan
Ø Penangkapan / Kehadiran Orang Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes
Ø Kaunseling
Ø Pendakwaan
Ø Penghukuman
Ø Pematuhan Hukum oleh pihak-pihak yang terlibat
Ø Rayuan kepada penghukuman

Kami berpendapat kelemahan paling ketara dan mesti diatasi segera adalah dalam perkara  perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah hari ini adalah berikut dalam aspek:-

Ø Penangkapan / Kehadiran Orang Kena Tuduh
Ø Pengendalian Siasatan Kes

Dua aspek tanggungjawab penting dalam menyokong perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah ini pada dasarnya dipikul  oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama  dan dibantu oleh pihak Polis.

Umum mentafsirkan ‘peranan Polis’ dalam konteks ini adalah apabila khidmatnya diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama.  Ini bermakna Polis tidak dapat memberikan tumpuan khusus dalam konteks menyokong perlaksanaan perundangan Mahkamah Syariah sepertimana yang diperlukan oleh Mahkamah Syariah.

Namun ramai berpendapat Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama di setiap negeri menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas dengan efektif kerana beberapa kekurangan atau kelemahan berikut:-

·        Struktur jawatan yang tidak mantap atau ‘tidak tetap’
·        Kekurangan latihan sebagai ‘Anggota Penguatkuasa’
·        Kekurangan peralatan, logistik dan anggota untuk pengintipan serta penangkapan
·        Kekurangan peralatan untuk siasatan kes-kes yang melibatkan analisa bahan bukti dan juga ‘kemestian memenuhi garis panduan syariah
·        Kekurangan jumlah ‘pakar siasatan’



6.0              CADANGAN PENUBUHAN JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) setelah meneliti perkara-perkara  tersebut di atas sukacita mencadangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan Mahkamah Syariah supaya Kerajaan Persekutuan  mempertimbangkan cadangan berikut:-

v Kerajaan menubuhkan sebuah JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM (Polis Di Raja Malaysia).

v Singkatan yang dicadang adalah JPS-99.

v Matlamat penubuhan Jabatan Polis Syariah Di PDRM ini adalah bagi menguatkan peranan Polis dalam  membantu Penguatkuasa Jabatan Agama negeri-negeri melaksanakan keperluan perjalanan Mahkamah Syariah masing-masing.

v JPS-99 sewajarnya diketuai oleh seorang Komander Muslim Berpangkat Deputi Inspektor General Polis atau yang sesuai.

v Pada awal pelancaran JPS-99 akan dianggotai oleh anggota fasa pertama seramai 99 orang berbagai pangkat yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran sesuai dan terlatih dalam perkara perundangan syariah.

v Pelancaran JPS-99 wajar dibuat oleh Kerajaan Persekutuan secepat mungkin sebagai bukti komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan terhadap usaha berterusan mempertingkatkan perlaksanaan perundangan syariah di Malaysia.

v Fasa pengembangan pula terserah kepada keperluan yang telah dikenalpasti dengan terperinci.



7.0       PENGUKUHAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DENGAN   ADANYA JABATAN POLIS SYARIAH DI PDRM

Kami yakin dengan adanya Jabatan Polis Syariah Syarikah DI PDRM (JPS-99) maka bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia boleh terus ditingkatkan lagi.

Beberapa jenayah  syariah yang kini belum dikendalikan oleh Mahkamah Syariah dan sangat diharapkan oleh umat Islam supaya perundangannya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah boleh ditambahkan setelah adanya ‘kekuatan penyiasatan’ yang dipelopori oleh JPS-99 itu.


8.0  KEYAKINAN DAN KESIMPULAN

Kami yakin cadangan ini sekiranya diterima pakai dan diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini  maka keyakinan rakyat terhadap  Kerajaan, khususnya dikalangan orang Melayu Islam akan meningkat.

Ini kerana jelas pada mereka Kerajaan adalah ikhlas untuk meningkatkan syiar dan martabat Perundangan Syariah di Malaysia dan peringkat dunia secara berterusan dan berhikmah.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas pandangan dan nasihat pelbagai pihak ke atas cadangan ini, termasuk khususnya kepada Encik Bahasan Bin Yusof.

           

Untuk Maklumat Lanjut:-
Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia
Tel:  019-237 7887

No comments:

Post a Comment