Tuesday, June 4, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR KEUSAHAWANAN & INOVASI - PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA ISLAM



Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam akan menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA - Perniagaan, Keusahawanan Dan Inovasi Sebagai Kerjaya Dan Ibadah serta Pelancaran Dana At-Tijarah khusus untuk memberi peluang kepada para graduan mendapat bimbingan, latihan dan seterusnya menceburi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. 

Program pembangunan ekonomi ummah berteraskan keusahawanan dan inovasi secara berterusan ini akan dilancarkan pada 5-6hb Julai  2013 di Kuala Lumpur.  Jemputan telah dihantar kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin.

Sehubungan dengan itu IKIAM sukacita menjemput Tuan/Puan yang berminat dan memenuhi kriteria berikut untuk mendaftar.

Ø  Lepasan jurusan Agama Islam atau berkaitan
Ø  Berumur antara 17 – 55 tahun
Ø  Mempunyai cita-cita serta kesungguhan untuk menjadi usahawan atau sudah bermula menjadi usahawan ataupun pelabur dalam perniagaan
Ø  Bersikap positif dan mahu menceburi dunia perniagaan serta inovasi
Ø  Sabar untuk menimba ilmu perniagaan serta bimbingan berterusan ‘Cipta Niaga Halal’
Ø  Gigih membina rangkaian perniagaan dan pasaran
Ø  Mempunyai produk ataupun khidmat inovatif halal untuk dipasarkan secara sistematik
Ø  Bersedia menyumbang kepada masyarakat untuk sama berjaya di dunia dan akhirat
Ø  Penyertaan peserta lelaki ataupun perempuan adalah percuma

Sila penuhkan borang penyertaan di bawah

Nama:                                                                                     No. K/P  :
Alamat:                                                                                   No. Telefon:
                                                                                                 No. Fax:
Kelulusan:                                                                             No. E-Mail:

Bidang Keusahawanan / Inovasi Diminati

Kirimkan  kepada Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia di alamat No. 34-2, Persiaran 65C Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur. 
No. telefax:  03-4031 7943. No. telefon: 019-237 7887  atau E-mailkan maklumat kepada:  ikiam.urus@gmail.com.  Kunjungi juga blog kami di http://ikiam.blogspot.com. 

No comments:

Post a Comment