Monday, September 9, 2013

JEMPUTAN KE PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA & FORUM



Ruj. Kami:  PTGA/JEMPUTAN /2013-1      
5hb September 2013                                




Assallammualaikum,




JEMPUTAN KE PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN AGAMA & PELANCARAN DANA AT-TIJARAH SERTA FORUM HALATUJU EKONOMI DAN PERNIAGAAN ISLAM MALAYSIA MENJELANG MALAYSIA MENJADI NEGARA MAJU 2020 ANJURAN IKIAM

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.         Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) kini aktif menganjurkan PROGRAM TRANSFORMASI GRADUAN JURUSAN AGAMA – Perniagaan, Keusahawanan Dan Inovasi Sebagai Kerjaya Dan Ibadah serta Pelancaran Dana At-Tijarah khusus untuk memberi peluang kepada para graduan mendapat bimbingan, latihan dan seterusnya menceburi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta inovasi yang diminati.

3.         IKIAM seterusnya akan menubuhkan Kelab Kepimpinan Islam di setiap Negeri, Parlimen dan Sekolah-Sekolah dimana kebitaraannya adalah untuk mendidik dan melahirkan insan dalam bidang keusahawanan, kepenggunaan dan kesukarelawan.

4.         Sehubungan itu pihak kami sukacita menjemput YBhg Dato’ / Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menghadiri program ini seperti berikut:
                        Tarikh:             15hb. September 2013 (Ahad)
Masa:              Jam 10.00 am -  4.30 pm
Tempat:           Kuala Lumpur International Hotel
                        79, Lorong Haji Hussein Dua, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Penyertaa, kerjasama dan sokongan dari semua amat dihargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih semoga ianya dapat meningkat perekonomian ummah serta pembangunan negara.

Sekian, wassalam.     

Yang benar,
INSTITUT KERJASAMA ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
MOHD SHAMSUDDIN DAMIN
Setiausaha 


NOTA:

Sila sahkan kehadiran ke no tel: 019-237 7887.  Sekian, terima kasih.  

No comments:

Post a Comment